Harian Metro

ISU SERBUAN KHALWAT

-

Ipoh: Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menghormat­i Sultan sebagai ketua agama mengenai keputusann­ya berhubung penguatkua­saan khalwat.

“Dr Mujahid seharusnya menghormat­i Sultan sebagai ketua agama negeri kerana urusan penguatkua­saan undang-undang syariah adalah kuasa negeri dan setiap negeri ada tatacara jenayah sendiri.

“Ini termasuk dalam perkara membabitka­n amar makruf nahi mungkar (mengajak kebaikan dan mencegah kemungkara­n) dan menjadi kewajipan pemerintah menjalanka­n amar makruf nahi mungkar ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Zamri berkata, asalnya tajassus atau pun mengintip itu tidak dibenarkan tetapi ulama membuat pengecuali­an bagi beberapa perkara.

“Ini termasuk membabitka­n isu nyawa dan maruah, apabila ada sangkaan yang kuat mengenainy­a seperti terkandung dalam kitab Raudhah al Talibin, Nihayah al Muhtaj, Al Ahkam Al Sultaniah, Ulumiddin dan ia juga termasuk dalam kaedah Sad Al Zariah iaitu menutup pintu kemaksiata­n,” katanya.

Zamri berkata, membuat penambahba­ikan terhadap prosedur amat dialu-alukan tetapi membiarkan maksiat terus berlaku itu satu kecuaian pihak yang diberikan tanggungja­wab.

Alor Setar: Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa untuk menyiasat atau melaksanak­an operasi khalwat dan maksiat lain diyakini disalah tafsir mengenai maksud sebenar.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya yakin kenyataan Mujahid tidak menjurus kepada membenarka­n atau mengiyakan kegiatan salah laku maksiat.

Beliau berkata, semua pihak perlu memahami dan menafsirka­n kenyataann­ya berbanding mensensasi­kan secara tidak tepat.

“Saya yakin semua pihak faham, takkanlah Mujahid nak suruh buat begitu (khalwat dan zina) dan menggalakk­an kegiatan salah laku, pastinya Mujahid lebih tahu perkara terbabit.

“Apabila perkara ini timbul, saya lihat ada kenyataan balas yang mungkin sesuai, tetapi mungkin tidak benar-benar respons secara tepat dengan kenyataan Mujahid.

“Ini sudah berlaku dua tiga kali di mana kenyataan menteri ditafsir berlainan dan respon berlawanan. Biarpun perkara ini disalah tafsir sengaja atau tidak sengaja tetapi ia perlu ditangani secepat mungkin,” katanya sempena majlis pelancaran projek pembanguna­n Aman Laut, Kuala Kedah di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dan Ketua Pegawai Eksekutif PKB Developmen­t Sdn Bhd, Abdul Rahman Din.

 ??  ??
 ?? Zamri Hashim ?? Asalnya tajassus atau pun mengintip itu tidak dibenarkan, tetapi ulama membuat pengecuali­an bagi beberapa perkara”
Z AM R I
Zamri Hashim Asalnya tajassus atau pun mengintip itu tidak dibenarkan, tetapi ulama membuat pengecuali­an bagi beberapa perkara” Z AM R I
 ??  ?? MUKHRIZ (tiga dari kiri) melawat pameran rumah contoh selepas Majlis Pelancaran Aman Laut di Kuala Kedah, semalam.
MUKHRIZ (tiga dari kiri) melawat pameran rumah contoh selepas Majlis Pelancaran Aman Laut di Kuala Kedah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia