Harian Metro

WANY HASRITA PALING POPULAR

„ Pelakon bawa pulang Citroen C4 Picasso L2

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Penyanyi Wany Hasrita dipilih Bintang Paling Popular pada acara berprestij, Anugerah Bintang Popular BH 31 (ABPBH 31) yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya, malam ini.

Kejayaan berganda diciptanya apabila Wany turut meraih trofi Penyanyi Wanita Popular.

Kemenangan itu membolehka­n Wany membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Citroen C4 Picasso L2 bernilai kira-kira RM125,000 serta trofi.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pula diberikan kepada Noorkumala­sari bagi mengiktira­f sumbangan dan jasa beliau dalam bidang seni selama lebih tiga dekad.

ABPBH 31 turut melakar kejayaan indah buat penyanyi Khai Bahar yang popular dengan lagu Bayang apabila merangkul trofi Penyanyi Lelaki Popular.

Bagi kategori Artis Baharu Lelaki Popular dimenangi hero drama Mr Grey, Fendy Bakry, sementara Farah Nabilah pula di umum Artis Baru Wanita Popular.

Untuk kategori pelakon, bintang utama filem J Revolusi, Zul Ariffin, menepati ramalan apabila diumum Pelakon Filem Lelaki Popular. Sementara, aktres Emma Maembong menguasai senarai Pelakon Filem Wanita Popular.

Lebih menarik, pasangan suami isteri Fattah Amin dan Nur Fazura dinobatkan sebagai Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon TV Lelaki Popular.

Untuk kategori Artis Komedi Popular, Zizan Razak sekali lagi memenangi kategori itu, manakala Penyampai Radio Popular dimenangi Haziq dari Hot FM.

Kategori Artis Versatil Popular tahun ini diungguli penyanyi Alif Satar, manakala Neelofa memenangi Pengacara TV Popular

Bagi kategori Artis Duo/Berkumpula­n, Syamel & Ernie Zakri diumum sebagai pemenang.

Majlis gilang gemilang itu diacarakan oleh Janna Nick, Ajak dan Zara Zya.

Majlis gilang-gemilang lebih dua jam setengah itu disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Kool FM.

Mencatat sejarah, pencalonan 13 kategori utama dan lima kategori online Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 merekodkan jumlah undian lebih 24 juta dalam tempoh sebulan mulai 25 Ogos lalu.

Statistik diperoleh daripada Media Prima Digital (MPD) iaitu pengendali laman web rasmi ABPBH, www.abpbh.com.my, menunjukka­n sebanyak 24,271,342 undi diterima mulai 25 Ogos hingga 25 September lalu.

 ??  ??
 ??  ?? FATTAH dan Fazura dinobatkan sebagai Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon TV Lelaki Popular. ALIF menang kategori Artis Versatil Popular.
FATTAH dan Fazura dinobatkan sebagai Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon TV Lelaki Popular. ALIF menang kategori Artis Versatil Popular.
 ?? FOTO: AZIAH AZMEE ?? WANY merangkul anugerah berprestij ABPBH 31 malam tadi.
FOTO: AZIAH AZMEE WANY merangkul anugerah berprestij ABPBH 31 malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia