Harian Metro

CINTA SETIA

„ Suami lumpuh tertusuk parang empat tahun lalu kini mampu berjalan

- Mohd Rafi Mamat cnews@nstp.com.my

Doa dan kesabaran Wan Aina Farisya Wan Zainal Shapiyan menjaga suaminya Mohd Ridhuan Mat Sahor yang lumpuh selepas kejadian kepala tertusuk parang panjang empat tahun lalu terbalas apabila pasanganny­a itu mulai sembuh. Walaupun masih tidak mampu bertutur dengan baik, kesembuhan Mohd Ridhuan suatu keajaiban daripada-Nya, lapor Mohd Rafi Mamat

Doa seorang isteri yang tidak pernah putus setiap kali selepas solat akhirnya terbalas apabila suaminya yang dulu lumpuh akibat parah pada kepala tersusuk parang panjang empat tahun lalu, kini semakin sembuh.

Selama itu juga, Wan Aina Farisya Wan Zainal Shapiyan, 23, memberi kasih sayang tidak berbelah bahagi dan sanggup menjaga suaminya, Mohd Ridhuan Mat Sahor, 24, yang lumpuh dan hanya mampu berbaring.

Kini, suaminya yang dikahwini lima tahun lalu itu menunjukka­n perkembang­an positif dari hari ke hari dan kelihatan bertambah ceria.

Wan Aina berkata, suaminya sebelum ini hanya terlantar, tidak boleh menggerakk­an tubuh badan dan semua perlu dilakukan dengan bantuannya.

“Suami saya juga mempunyai kesukaran bertutur dan kini boleh berjalan walaupun tidak cergas serta mampu menguruska­n diri,” katanya.

Menurutnya, dia bersyukur dan gembira dengan perkembang­an itu, apatah lagi kecederaan dialami suaminya sehingga lumpuh pada 31 Oktober 2014 serius.

Dalam kejadian itu, Mohd Ridhuan terkena bilah parang milik rakannya selepas pangkalnya tiba-tiba tercabut sebelum melayang dan tertusuk di kepalanya.

Beliau pada mulanya dimemaklum­kan bawa ke Klinik Kesihatan Kuala Tahan sebelum dirujuk ke Hospital Jerantut dan kemudian ke Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) di Temerloh sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Kecederaan kepala yang dialami adalah serius hingga mengganggu saraf dan ingatannya.

Wan Aina berkata, ketika itu mereka baru setahun berkahwin dan dia mengandung empat bulan.

“Saya terkejut apabila dimaklumka­n dia kemalangan serta melihat parang digunakan untuk menebas tertusuk di kepalanya.

“Hampir pengsan saya ketika itu dan suami koma selama 19 hari dan dirawat di HTAA serta HOSHAS dan Hospital Jerantut lebih dua bulan.

“Saya dan bapa mentua bergilir-gilir menjaganya di hospital sehingga dibenarkan pulang, namun kami perlu beri perhatian penuh kepadanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tembeling Tengah, di sini.

Menurutnya, disebabkan kecederaan serius itu, doktor saraf kepala suaminya terganggu dan dia akan lumpuh, tidak dapat bertutur dengan lancar selain mudah lupa.

“Berkat kesabaran kami menguruska­nnya di rumah lebih dua tahun dan setiap hari berdoa untuk kesembuhan. Alhamdulil­lah keajaiban berlaku dengan kuasa Allah.

“Kesihatann­ya semakin baik dan boleh bergerak. Kehadiran anak tunggal kami, Mohammad Amirul Riski berusia tiga tahun menguatkan lagi semangatny­a untuk pulih,” katanya yang berasal dari Kampung FELDA Sungai Retang, di sini.

Katanya, suaminya kini menerima bantuan sara hidup Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM350 sebulan dan dia bekerja dengan agensi pelanconga­n di Kuala Tahan untuk menyara keluargany­a.

Sementara itu, bapa Mohd Ridhuan, Mat Sahor Ahmad, 47, berkata, keadaan anaknya selepas kemalangan itu seperti bayi baru dilahirkan yang memerlukan perhatian termasuk disuapkan makan dan minum.

“Selepas hampir dua tahun saya bersyukur perubahan dapat dilihat apabila dia boleh mengengsot untuk bergerak, seterusnya berdiri dan kini boleh berjalan dan menguruska­n diri sendiri,” katanya.

 ??  ?? EDISI TENGAH
ISNIN 8 OKTOBER 2018 / 28 MUHARAM 1440
EDISI TENGAH ISNIN 8 OKTOBER 2018 / 28 MUHARAM 1440
 ??  ?? WAN Aina (dua dari kiri) dan ibu mentuanya Hasnani Hassan mengurut tangan Mohd Ridhuan yang semakin menunjukka­n perkembang­an positif.
LAPORAN Harian Metro 31 Oktober 2014. MOHD Ridhuan kini mampu berjalan sambil dipimpin Wan Aina.
WAN Aina (dua dari kiri) dan ibu mentuanya Hasnani Hassan mengurut tangan Mohd Ridhuan yang semakin menunjukka­n perkembang­an positif. LAPORAN Harian Metro 31 Oktober 2014. MOHD Ridhuan kini mampu berjalan sambil dipimpin Wan Aina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia