Harian Metro

‘Mungkin ibu saya’

- Farah Suhaidah Othman cnews@nstp.com.my

Beberapa individu dipercayai waris kepada lima mangsa yang rentung dalam kemalangan membabitka­n treler membawa muatan bijih besi dengan sebuah kereta di Kilometer 255.3 Lebuhraya PLUS arah utara kelmarin hadir membuat pengecaman mayat.

Semua waris mangsa berada

di Unit Forensik Kuala Kangsar jam 9 pagi semalam sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar berhubung kemalangan itu.

Pemilik kereta Kia Forte yang terbakar dalam kemalangan itu, Tan Win Han, 30, mendakwa ibunya, Lee Len Ying, 60, mungkin seorang daripada lima mangsa yang rentung dalam kemalangan.

Katanya, ibunya dan beberapa individu lain dalam perjalanan dari Selangor

menghala ke Taiping untuk menghadiri aktiviti keagamaan.

“Saya dapat tahu mengenai kejadian itu menerusi laporan berita daripada media sosial.

“Ahli gereja (di Taiping) hubungi saya semalam (kelmarin) dan bertanya kenapa ibu saya masih belum tiba di Taiping kerana mereka semua sudah sampai ke destinasi,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar di sini, semalam.

Seorang lagi dipercayai waris mangsa yang enggan dikenali turut mendakwa anak perempuann­ya berusia 37 tahun dan cucu lelakinya berusia setahun berada dalam kereta berkenaan.

“Kali terakhir saya bercakap (menerusi telefon) dengan anak (perempuan) saya pada jam 8 pagi (kelmarin).

“Dia ada menghantar gambar dia dan anaknya bersarapan jam 9 pagi,” katanya.

Semua individu yang dipercayai waris mangsa hadir semula di unit forensik hospital berkenaan selepas membuat laporan polis bagi membuat pengecaman selain mengambil sampel untuk ujian asid deoksiribo­kuleik (DNA).

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, kebiasaann­ya keputusan ujian DNA mengambil masa tujuh hari namun polis akan meminta pihak hospital mempercepa­tkan proses itu.

“Keputusan ujian DNA mungkin diperoleh sekurang-kurangnya dalam tempoh empat hari untuk siasatan lanjut sebelum sebarang pengesahan termasuk identiti mangsa disahkan,” katanya.

Katanya, kemalangan itu membabitka­n treler membawa muatan bijih besi dan tiga kereta masing-masing jenis Perodua Myvi, Proton Iswara dan Kia Forte dalam kejadian jam 11.47 pagi kelmarin.

Beliau berkata, kemalangan itu turut mengakibat­kan dua daripada kereta iaitu Perodua Myvi dan Proton Iswara dirempuh treler berkenaan di bahagian kanan lebuh raya namun kedua-duanya selamat.

“Treler berkenaan bagaimanap­un menghimpit Forte yang dinaiki lima mangsa sebelum kereta itu terbakar dan kelima-lima mangsa termasuk seorang kanak-kanak ditemui dalam keadaan rentung,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN treler dan kereta terbabit dalam nahas yang mengorbank­an lima nyawa.
KEADAAN treler dan kereta terbabit dalam nahas yang mengorbank­an lima nyawa.
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA waris yang hadir membuat pengecaman mangsa.
ANTARA waris yang hadir membuat pengecaman mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia