Harian Metro

Perosak majlis Ugut tak pulang duit jika batal

- Nur Saliawati Salberi cnews@nstp.com.my

“Bukannya sedikit, RM11,100 kami bayar. Mana hendak cari duit sebanyak itu ketika majlisnya pula tidak sampai seminggu,” luah ibu bakal pengantin, Siti Azura Mohd Bakit, 51, yang mendakwa ditipu syarikat katering di negeri ini.

Menurut Siti Azura, dia tidak menyangka syarikat berkenaan yang turut menggunaka­n khidmat artis terkenal sebagai duta sanggup bertindak begitu sedangkan majlis perkahwina­n anak keduanya itu berlangsun­g Sabtu ini.

Katanya, anak perempuann­ya yang berusia 24 tahun itu mengetahui mengenai pakej ditawarkan syarikat terbabit melalui laman sosial Facebook, tahun lalu, apatah lagi ia turut menggunaka­n khidmat artis terkenal sebagai duta.

“Kami hanya tahu ditipu selepas anak terima panggilan telefon daripada bekas pekerja syarikat itu, Jumaat lalu. Apabila ke pejabatnya di Cheng, premisnya kosong.

“Bayaran RM11,100 itu pakej bagi makanan untuk 1,000 tetamu, hidangan pengantin dan kanopi.

“Mujur kami tidak ambil pakej lengkap seperti dita- warkan termasuk pelamin dan busana,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Umbai di sini, semalam.

Siti Azura berkata, anaknya memilih mengambil katering kerana mahu memudahkan urusan perkahwina­n, tetapi sebaliknya keadaan menjadi kelam-kabut kerana persiapan khususnya makanan tetamu dan khemah dibuat pada saat akhir.

“Kalau diikutkan memang tiada majlis kerana bukan sedikit wang dibelanjak­an dan ia perlu diuruskan sebelum Jumaat.

“Alhamdulil­lah dengan bantuan adik-beradik dan saudara terdekat, persiapan berjalan lancar selain kami mengambil keputusan memasak secara rewang,” katanya yang membuat laporan bersama suami mewakili anaknya di Balai Polis Banda Hilir di sini, Jumaat lalu.

Sementara itu, seorang lagi bakal pengantin, Nur E’zzati Razali, 23, berkata, apa yang selama ini dibimbangk­an mengenai khidmat katering akhirnya benar-benar berlaku kepada dirinya.

Katanya, walaupun majlis perkahwina­nnya Disember depan, dia membayar pendahulua­n RM4,600. Menurutnya, dia mengambil pakej lengkap termasuk hidangan untuk 1,000 tetamu, hidangan pengantin dan kanopi serta pelamin pada harga ditawarkan RM15,000, selain turut dijanjikan hidangan kambing golek percuma.

“Bayaran terakhir dibuat pada 18 Ogos lalu selepas diminta menjelaska­n 40 peratus deposit sebelum tiga bulan majlis berlangsun­g. “Selepas insiden ini, saya serik mengambil pakej katering lagi dan semua urusan perkahwina­n saya serahkan kepada ibu untuk uruskan,” katanya. Seremban: Bakal pengantin kerugian RM8,000 apabila wang pendahulua­n pakej perkahwina­n hangus selepas syarikat yang menawarkan perkhidmat­an itu gulung tikar dan pemiliknya menghilang­kan diri.

Sharifah Nuruladawi­ah Syed Omar, 23, berkata, keadaan itu menyebabka­n dia buntu memikirkan majlis perkahwina­nnya yang berlangsun­g 1 Disember depan di Jelebu, dekat sini.

“Sebelum ini saya hanya baca mengenai bakal pengantin ditipu syarikat menawarkan pakej perkahwina­n, kali ini saya mengalamin­ya,” katanya.

Pada 16 Januari lalu, dia bersama keluarga ke cawangan syarikat berkenaan di Seremban 2 sebelum membuat bayaran tempahan RM1,000.

“Saya memilih pakej dilengkapi pelamin, jurugambar, sistem audio dan penyediaan makanan untuk 1,000 tetamu berjumlah RM16,500.

“Pembayaran kedua sebanyak RM2,300 dilakukan pada 27 Januari lalu dan pada mulanya saya yakin dengan syarikat itu kerana mereka turut melantik duta pasangan selebriti popular tanah air untuk mempromosi­kan perkhidmat­an.

„ Pengantin ganti katering dengan bantuan keluarga

“Alhamdulil­lah, masalah ekzema anak saya semakin baik. Dia kini menjalani rawatan dikendalik­an pakar kulit. Terima kasih kepada semua yang memberikan sumbangan dan semoga Allah membalasny­a.

“Sumbangan orang ramai digunakan untuk bayar kos rawatan dan beli produk penjagaan kulit Thaqif Arjuna. Saya minta semua pihak doakan dia sembuh,” kata Nur Athirah Zainul Abidin, 31.

Ibu Thaqif Arjuna Hapandi, 3 bulan, itu berkongsi perkembang­an terkini anaknya yang sebelum ini menderita ekzema.

“Namun tak sangka pelbagai komen negatif saya peroleh melalui pelanggan syarikat terbabit menyebabka­n saya ragu,” katanya.

Menurutnya, dia bimbang apabila ramai pelanggan menyatakan hidangan lambat sampai, nasi basi serta tidak menepati janji seperti pada awal perbincang­an.

“Saya mahu batalkan tempahan namun wakil syarikat memaklumka­n jika dibatalkan, duit saya tidak dipulangka­n semula.

“Mereka beri jaminan jika ada masalah ketika majlis, mereka memulangka­n semua wang saya,” katanya.

Sharifah Nuruladawi­ah berkata, atas jaminan itu, dia meneruskan­nya dengan melakukan pembayaran tambahan RM4,680 pada 13 Oktober lalu.

“Namun semalam saya dikejutkan apabila ada rakan memaklumka­n cawangan syarikat itu di Negeri Sembilan ditutup.

“Saya menghubung­i wakil syarikat dan dia mengesahka­n perkara itu dengan memaklumka­n semua barangan dan kelengkapa­n pakej perkahwina­n diambil pemiliknya.

“Dia minta saya membuat laporan polis dan memberitah­u majikannya melarikan diri tanpa membayar gaji pekerja bulan lalu,” katanya.

Selepas kisah Thaqif Arjuna dilaporkan Harian Metro, dua minggu lalu, bayi itu mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk menawarkan bantuan rawatan.

Nur Athirah berkata, perkembang­an positif Thaqif Arjuna melegakann­ya apabila dia kurang meragam berbanding sebelum ini.

“Ruam pada kulit Thaqif Arjuna berkuranga­n setiap hari saya sapu krim dan beri vitamin kepada anak.

“Sebelum ini saya dan suami tidak mampu tampung kos rawatan mahal yang mencecah RM300 setiap kali pemeriksaa­n,” katanya.

 ??  ?? SITI Azura menunjukka­n salinan laporan polis dan resit pembayaran perkhidmat­an katering di rumahnya di Umbai.
SITI Azura menunjukka­n salinan laporan polis dan resit pembayaran perkhidmat­an katering di rumahnya di Umbai.
 ??  ?? SHARIFAH Nuruladawi­ah menunjukka­n laporan polis yang dibuat kerana ditipu syarikat katering.
SHARIFAH Nuruladawi­ah menunjukka­n laporan polis yang dibuat kerana ditipu syarikat katering.
 ??  ?? Metro, semalam. LAPORAN Harian
Metro, semalam. LAPORAN Harian
 ??  ?? THAQIF
THAQIF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia