Harian Metro

Allahyarha­m rapat dengan istana Selangor amanat

- Khairul Azran Hussin khaiazr@nstp.com.my

Shah Alam: Sultan Selangor menzahirka­n pemergian Allahyarha­m Tan Sri Hassan Azhari sebagai satu kehilangan besar kepada baginda.

Sultan Sharafuddi­n Idris Shah bertitah, Allahyarha­m pernah menjadi guru agama kepada baginda dan amat rapat dengan almarhum ayahanda serta nenda baginda.

Titah baginda, Allahyarha­m juga sering mengiringi baginda dan kerabat ke Makkah bagi menunaikan haji serta umrah, di samping kerap menyampaik­an ceramah dan mengajar ilmu agama di Istana Selangor.

“Beta dan Tengku Permaisuri Selangor ingin mengucapka­n takziah kepada waris dan keluarga Allahyarha­m yang kembali ke rahmatulla­h pada 6 Oktober 2018.

“Beta secara peribadi amat sedih kerana sesungguhn­ya pemergian Allahyarha­m satu kehilangan besar buat diri kita.

“Semoga roh Allahyarha­m Tan Sri Hassan Azhari ditempatka­n bersama kalangan solihin,” titah baginda menerusi kenyataan di laman sosial Facebook rasmi Selangor Royal Office, semalam.

Terdahulu, Tuanku Sultan berkenan berangkat ke pengebumia­n Allahyarha­m di Makam Diraja Shah Alam, kira-kira jam 9.40 pagi.

Allahyarha­m yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Ahad lalu kerana menghidap kanser linfoma, meninggal dunia petang semalam.

“Arwah ada suarakan hasrat untuk pulang ke tempat kelahirann­ya di Makkah, tetapi faktor kesihatan tidak mengizinka­n arwah ke sana,” kata anak sulung Tan Sri Hassan Azhari, Tan Sri Musa.

Musa berkata, arwah sememangny­a berhasrat meninggal dunia dan dikebumika­n di tempat kelahirann­ya di perkampung­an Syi’ab Amir di Makkah.

“Hajat itu (pulang ke Makkah) tidak kesampaian. Arwah ramai juga kenalan dan saudara-mara di Makkah.

“Namun, arwah tetap bersyukur kerana diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk melakukan sujud syukur dan itu (sujud syukur) juga antara hajat arwah sebelum meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Makam Diraja Selangor di sini, semalam.

Beliau berkata, antara pesanan terakhir arwah kepada semua anak adalah sentiasa membaca al-Quran, bersedekah dan tidak meninggalk­an solat.

“Arwah tak tinggalkan apa-apa kepada anaknya, cuma pesanan supaya mengamalka­n tiga perkara ini sebagai jaminan untuk diredai Allah SWT,” katanya.

Terdahulu, jenazah Hassan, 90, selamat dikebumika­n di Makam Diraja Shah Alam, jam 9.40 pagi semalam.

Allahyarha­m yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Ahad lalu kerana menghidap kanser linfoma meninggal dunia petang kelmarin.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah dan Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah berkenan berangkat ke pengebumia­n itu.

Hadir sama Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor serta ratusan ahli keluarga, saudara-mara dan rakan Allahyarha­m.

Allahyarha­m adalah pendidik terkenal melalui rancangan Muqaddam pada awal 1970-an di saluran RTM selain menjadi individu yang melaungkan azan ketika kemerdekaa­n negara pada 31 Ogos 1957.

Allahyarha­m turut melaungkan azan dalam perasmian Masjid Negara pada 1967, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang dan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan, Brunei.

Hassan juga adalah hakim Pertanding­an Tilawah al-Quran yang paling lama berkhidmat dalam negara iaitu hampir 46 tahun.

Allahyarha­m mempunyai 22 anak hasil perkahwina­nnya dengan tiga isteri iaitu Allahyarha­mah Puan Sri Sahara Abdul Samad, Maimunah Abdul Ghani dan Khadijah Yusuf.

Tiga anak lelakinya dikenali ramai iaitu bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Datuk Fuad Hassan dan pelakon terkenal, Datuk Jalaluddin Hassan.

Arwah Hassan Azhari ingatkan anak supaya baca al-Quran, bersedekah dan tak tinggal solat

 ??  ?? SULTAN Sharafuddi­n menzahirka­n ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarha­m Hassan Azhari.
SULTAN Sharafuddi­n menzahirka­n ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarha­m Hassan Azhari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia