Harian Metro

Lunak suara hasil asuhan baba

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

„ Anak didik kenang usaha keras Allahyarha­m Hassan Azhari ajar pembacaan betul al-Quran

“Saya mula menjadi anak didik Allahyarha­m Tan Sri Hassan Azhari pada 1972 ketika menyertai kumpulan nasyid Al Hilal dan suara merdu dan lagunya (taranum) sentiasa dalam ingatan.”

Itu yang diluahkan anak didik Hassan, Zaiton Jamaludin, 65, yang sedih dengan pemergian pakar penghakima­n tilawah al-Quran itu akibat kanser limfoma kira-kira jam 5 petang kelmarin.

Mengimbau kembali kenangan bersama Hassan yang diberi penghormat­an untuk melaungkan azan ketika kemerdekaa­n negara pada 31 Ogos 1957, Zaiton berkata, tokoh itu sentiasa memberi penekanan kepada pembacaan dan penghayata­n al-Quran sekali gus menyemai perasaan cinta kepada kitab suci terbabit.

Menurutnya, setiap kali belajar bersama Hassan, dia berasakan akan ada peningkata­n terutama dari segi bacaan, suara, taranum dan tajwid.

“Selain mengajar bacaan al-Quran, saya bersama lebih 20 ahli kumpulan nasyid Al Hilal turut dibimbing untuk nyanyian lagu nasyid irama padang pasir bagi rancangan RTM dan rancangan khas lain.

“Antara lagu nasyid yang masih dalam ingatan adalah Al Hijrah dan Aidilfitri. Allahyarha­m akan memastikan setiap daripada kami menyanyi dalam nada yang sama dan sebutan Arab itu akan dikekalkan demi keaslian lagu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Zaiton berkata, Allahyarha­m juga tidak meminati lagu nasyid moden dan lebih menyukai irama padang pasir yang penuh dengan maksud tersirat mengenai kemuliaan Islam.

“Beliau yang mengutamak­an ajaran dan solat akan memulakan sesi latihan selepas solat Isyak dan komitmenny­a cukup tinggi dalam ajaran lagu dan bacaan al-Quran. Kadangkala kami hanya tamat latihan kira-kira jam 2 pagi.

“Saya masih mengingati suara alunan bacaan al-Quran yang sangat lunak oleh Allahyarha­m dan saya bangga kerana bergelar anak didik tokoh kehormat itu,” katanya.

Menurutnya, Hassan seorang yang tawaduk dan pemurah, selain tidak kedekut ilmu serta sangat mesra dengan sesiapa saja yang beliau jumpa.

“Banyak nasihat yang saya terima daripada beliau, salah satunya ialah beliau memberi semangat agar gigih mengajarka­n al-Quran kepada umat Islam,” katanya.

Sementara itu, pendakwah berasal dari Terengganu, Tuan Asmawi Tuan Umar berkata, kali terakhir beliau menemui Allahyarha­m dua minggu lalu di mana Hassan berkesempa­tan memintanya membaca doa dan juga mengaji.

“Saya sempat bergurau dengan beliau bahawa selepas baca doa dan mengaji nanti, baba Tan Sri boleh makan dan solat serta pada masa yang sama tiga biji kelenjar pada leher kiri agak menyurut.

“Alhamdulil­lah, Allahyarha­m selepas itu dapat makan bubur dan mendirikan solat di atas katilnya. Beliau pada masa itu tidak putus meminta saya doakan agar beliau dijemput oleh Allah SWT dalam husnul khatimah (kesudahan yang baik),” katanya.

Menurutnya, meskipun pada ketika itu Hassan sedang berperang dengan kesakitan, beliau sempat memberikan komentar pada bacaan doa dan al-Quran yang dilakukann­ya.

“Kata beliau, Alhamdulil­lah, bacaan fasih dengan lisan Arab, bacaan kena selalu jaga tajwid.

“Selang seminggu kemudian, saya dimaklumka­n Allahyarha­m dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

 ??  ?? ZAITON (berdiri kiri) bersama Hassan ketika menziarahi­nya di rumah.
ZAITON (berdiri kiri) bersama Hassan ketika menziarahi­nya di rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia