Harian Metro

Terus pupuk kesedaran kanser

-

Kuala Lumpur: Wacoal Malaysia meneruskan kerjasama tahun kelima dengan akhbar New Straits Times (NST) dalam usaha meningkatk­an kesedaran orang ramai terhadap kanser payudara.

Program kayuhan membabitka­n laluan sejauh 25 kilometer (km) menerusi Kempen Wacoal Pink Ribbon Fun Ride 2018 dilancarka­n di Balai Berita, di sini semalam, menarik penyertaan kira-kira 800 peserta termasuk lapan pesakit kanser payudara.

Pengarah Eksekutif Wacoal Malaysia, Tsutomu Fujimura berkata, kanser payudara kekal pembunuh nombor satu wanita di negara ini dan dianggarka­n satu daripada 19 wanita Malaysia berdepan risiko menghidap penyakit berbahaya itu.

Fujimura berkata, acara berbasikal dari Jalan Riong, Bangsar itu menuju ke pusat bandar dengan melalui Dataran Merdeka, Bukit Bintang dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

“Wacoal Malaysia komited menyebarka­n kesedaran berhubung kanser payudara serta langkah pencegahan­nya. Kempen ini dianjurkan kali kelima dengan kerjasama NST sejak 2013 dengan permulaan program dilakukan sejak 2003 lagi.

“Meskipun pengesanan awal adalah langkah utama, tetapi dengan rawatan yang teratur, kadar kelangsung­an hidup penghidap kanser payudara akan meningkat sebanyak 85 peratus.

“Justeru kempen kesedaran pencegahan dalam kalangan orang ramai sangat penting,” katanya.

Terdahulu, acara pelepasan itu disempurna­kan Fujimura bersama Timbalan Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Wacoal Malaysia, Lo Yean Feein dan Pengarang Eksekutif NST, Muzli Mohamad Zin.

Turut sama, Ketua

Pegawai Komersial The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Alfian Abu Talib dan Pengurus Besar Pengiklana­n NSTP, Roche Chew.

Alfian berkata, program seumpama itu wajar diperluask­an ke bandar utama lain seperti di Kelantan, Johor dan Perak dalam usaha meningkatk­an kesedaran terhadap kanser payudara terutama di kalangan masyarakat di luar bandar.

Sementara itu, pemilik restoran, Farahan Iza Abdul Rahman, 45, berkata, beliau menjalani pembedahan membuang payudara kanan pada Mei lalu selepas dia dikesan menghidap kanser itu pada tahap dua pada penghujung April lalu.

“Saya baru enam kali sesi kimoterapi dua minggu lalu, Alhamdulil­lah dengan sokongan keluarga dan rakan, saya menjadi lebih positif kerana ia bukan pengakhira­n hidup.

“Paling penting kita sebagai wanita perlu menjalani pemeriksaa­n kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali untuk memastikan tiada risiko kanser atau tahu bentuk rawatan kanser yang sesuai untuk pemulihan,” katanya.

Bekas pesakit kanser payudara, Nina Aziz, 44, berkata, beliau melalui dua kali pembuangan ketumbuhan iaitu pada 2016 dan terbarunya pada Jun lalu dengan keseluruha­n menjalani kira-kira 12 kali sesi kimoterapi.

“Sebagai pesakit, kita perlu sentiasa positif untuk menjalani rawatan dan sertai kumpulan sokongan kanser untuk mengikuti aktiviti dan kekal kehidupan sihat tanpa dibelenggu kesedihan akibat kanser,” katanya yang mempunyai empat cahaya mata dan tiga cucu.

 ??  ?? DARI kiri, Muzli, Alfian, Fujimura dan Lo melepaskan 800 peserta kayuhan santai sempena Kempen Wacoal Pink Ribbon Fun Ride 2018 di Balai Berita, semalam.
DARI kiri, Muzli, Alfian, Fujimura dan Lo melepaskan 800 peserta kayuhan santai sempena Kempen Wacoal Pink Ribbon Fun Ride 2018 di Balai Berita, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia