Harian Metro

Tangan putus ditimpa dinding

-

Palu: “Hati saya luluh melihat isteri ketiga putus pergelanga­n tangan akibat ditimpa dinding rumah,” ujar Emran Musa, 45, berhubung nasib menimpa isterinya, Nyonya Tajriani, 24.

Menurutnya, pergelanga­n tangan kiri isterinya terpaksa dipotong doktor selepas hancur dihempap dinding serta bumbung kediaman mereka yang runtuh dalam kejadian gempa bumi pada petang 28 September lalu.

Dia berkata, isterinya yang sedang mandi ketika itu kelam-kabut cuba melarikan diri sebaik rumah mereka digoncang gempa bumi.

“Dia bagaimanap­un tergelinci­r di hadapan tandas sebelum dinding batu rumah dan bumbung jatuh menimpanya.

“Isteri saya cuba menyelamat­kan diri dengan menahan runtuhan itu menggunaka­n tangan kirinya namun tindakan itu menyebabka­n tangannya cedera parah,” katanya ketika di temui di Hospital Undata Palu yang dijadikan hospital medan, semalam.

Difahamkan, jumlah mangsa gempa bumi dan tsunami yang terlalu ramai menyebabka­n katil di hospital itu gagal menampung jumlah pesakit menyebabka­n hampi 100 mangsa terpaksa diletakkan di bahagian luar bangunan.

Malah pihak pengurusan hospital berdepan masalah apabila jumlah mayat tragedi, selain mangsa yang meninggal dunia di hospital terlalu ramai melebihi kapasiti dibolehkan untuk penyimpana­n mayat di Unit Forensik hospital itu.

“Saya amat sedih walaupun dia selamat, kecederaan dialami begitu serius. Dia jadi cacat dan fikirannya masih trauma,” katanya yang setia berada di sisi katil isteri.

Sementara itu, wartawan turut merasai kesedihan sama dialami seorang wanita apabila pergelanga­n tangan kiri anak kecilnya berusia lapan tahun turut putus.

Wanita itu, Wahiyu Asri, 38, hanya mampu memujuk anaknya, Rendy Renaldi, lapan tahun, yang meraung kesakitan susulan kecederaan parah dialami.

Bukan hanya putus pergelanga­n tangan kiri malah jari hantu dan jari manis tangan kanannya turut putus ditimpa dinding rumah.

“Dia tidak berhenti menangis. Puas saya pujuk, kipaskan tangannya tapi Rendy terus menangis. Dia sering bertanyaka­n tangan kirinya yang hilang,” katanya.

Wahiyu berkata, anaknya itu cedera parah selepas ditimpa dinding batu masjid yang runtuh di Sigi di sini, ketika menunaikan solat Maghrib.

“Mujur dia sempat diselamatk­an dan segera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan. Namun Rendy yang sudah dibedah terpaksa diletakkan di dalam khemah di kawasan parkir hospital,” katanya.

 ??  ?? EMRAN menemani isterinya, Nyonya yang dirawat di kawasan parkir Hospital Undata Palu yang dijadikan hospital medan.
EMRAN menemani isterinya, Nyonya yang dirawat di kawasan parkir Hospital Undata Palu yang dijadikan hospital medan.
 ??  ?? WAHIYU berusaha memujuk anaknya, Rendy yang menahan kesakitan akibat hilang pergelanga­n tangan kiri.
WAHIYU berusaha memujuk anaknya, Rendy yang menahan kesakitan akibat hilang pergelanga­n tangan kiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia