Harian Metro

‘Hotel hantu’

-

Penduduk sekitar mula menggelark­annya hotel hantu apabila dipercayai hampir 100 mangsa mati tertimbus hidup-hidup dan masih belum dikeluarka­n dari dalam bangunan Hotel Mercure di sini.

Dalam kejadian gempa bumi 28 September lalu, hotel lima tingkat yang amat digemari pelancong asing berikutan terletak di pinggir pantai Talise, mendap sejurus dihentam tsunami.

Akibatnya, tingkat paling bawah hotel itu terbenam ke dalam tanah menyebabka­n kebanyakan mangsa yang dipercayai cuba lari menyelamat­kan diri terperangk­ap.

Mayat 100 mangsa kebanyakan­nya pelanggan dan penghuni hotel bagaimanap­un masih gagal dikeluarka­n sejak 10 hari lalu berikutan kekurangan anggota pasukan penyelamat serta kemudahan jentera berat.

Salah seorang penduduk tempatan, Yulia M Sohaimi, 34, berkata bau busuk mayat dari bangunan hotel itu semakin kuat setiap hari berikutan belum ada usaha bersungguh-sungguh untuk mangsa.

“Mungkin pihak sukarelawa­n lebih memberi fokus mencari mangsa di kawasan tragedi Balaroa dan Petobo berikutan jumlah mangsa yang lebih ramai.

“Bagaimanap­un kelmarin, ada anggota Badan Nasional

mencari

semua Pencarian dan Pertolonga­n Indonesia (Basarnas) berjaya menemui mayat seorang lelaki yang mati tersepit di tingkat dua hotel itu,” katanya.

Difahamkan, proses mengeluark­an mangsa mengambil masa lama berikutan keadaan bangunan hotel yang tidak stabil dan kedudukan mayat mangsa di celah runtuhan.

Berdasarka­n laporan, pasukan penyelamat Perancis turut menggunaka­n alatan berteknolo­gi tinggi bagi mengesan sebarang pergerakan mangsa masih hidup dan terperangk­ap di dalam hotel

„ Mayat 100 mangsa terperangk­ap masih gagal dikeluarka­n

itu namun tidak menunjukka­n kesan positif.

Seorang penduduk berasal dari daerah Donggala, Nurhayati Heryanto, 40, berkata orang ramai tidak berani mendekati hotel itu selepas menyedari ramai mangsa yang diyakini sudah mati berada di dalam hotel terbiar itu.

 ??  ?? MANGSA terselamat berehat di kawasan lapang depan Hotel Mercure.
MANGSA terselamat berehat di kawasan lapang depan Hotel Mercure.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia