Harian Metro

Geng Ustaz sampai amanat RM200,000

-

Kuala Lumpur: “Meremang bulu roma...dahsyat...tak dapat digambarka­n dengan kata-kata hanya keinsafan teramat sangat saat melihat kemusnahan sebegini rupa.

“Tak terfikir dek akal bagaimana kuasa Tuhan dapat membalikka­n dua kampung macam kena (pengisar) dan hilang begitu saja,” kata pendakwah bebas Ahmad Dusuki Abd Rani.

Beliau bersama rombongan Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulama (Geng Ustaz) tiba di Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia sejak Selasa lalu bagi menyampaik­an amanat rakyat Malaysia berjumlah RM200,000.

Mereka yang sempat mengunjung­i Kampung Balaroa dan Petobo itu berkongsi pengalaman melihat bencana dahsyat yang menenggela­mkan kedua-dua perkampung­an itu.

Ahmad Dusuki berkata, mereka berjaya memasuki perkampung­an berkenaan selepas tiga hari berusaha memasuki Palu menerusi Makassar.

“Rumah banyak yang tertimbus dalam tanah hanya tinggal atap saja di atasnya.

“Keadaan di sini masih berbau dengan kebakaran yang membakar kawasan ini serta bau menyengat mayat yang masih belum dikeluarka­n dalam timbunan runtuhan rumah dan bangunan.

“Kawasan ini riuh dengan manusia. Ada bertempik tempik menengking memarahi pemerintah yang lambat mengambil tindakan, menangisi kehilangan keluarga tersayang, malah ada yang melompat-lompat di atas timbunan runtuhan mencari sesuatu yang masih boleh diselamatk­an,” katanya.

Menurutnya, dalam misi kemanusiaa­n itu mereka menyampaik­an bantuan makanan, air bersih serta ubat-ubatan dengan kerjasama Pasukan Perubatan Universiti Hasanuddin (UNHAS) yang berada di Makassar.

“Kami membawa amanat rakyat Malaysia berjumlah RM200,000 untuk disampaika­n kepada golongan sasaran yang memerlukan di sini.

“Alhamdulil­lah kita sudah salurkan dengan cara sempurna dengan kerjasama UNHAS,” katanya mereka yang mahu menyumbang boleh salurkan ke Maybank 5647991239­69 atas nama Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulama.

Katanya, kejadian bencana yang melanda daerah Sigi, Donggala dan Palu Jumaat lalu seharusnya diambil iktibar oleh semua rakyat Malaysia.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia