Harian Metro

Belenggu trauma

-

“Ada mangsa yang singgah ke masjid ini hanya tinggal sehelai sepinggang.

“Jadi, kami kariah masjid memutuskan untuk menyediaka­n pakaian dewasa, kanak-kanak dan bayi untuk diberikan kepada mereka,” kata Hasanuddin Yusof, 57.

Panitia Pembanguna­n Masjid Nurul Huda Tasiu, Kecamatan Kalukku di sini, itu berkata, masjid terbabit menjadi tempat persinggah­an mangsa gempa bumi dan tsunami Palu yang akan ke Makassar atau tempat lain untuk mencari tempat selamat berikutan kemusnahan Palu akibat bencana berkenaan.

Menurutnya, setiap hari masjid itu turut menyediaka­n jamuan ringan bukan saja kepada mangsa malah kepada sesiapa saja yang singgah termasuk sukarelawa­n misi bantuan ke Palu.

Beliau ditemui wartawan yang menyertai misi bantuan kemanusiaa­n ke Palu anjuran Muslim Malaysia Society (Muslim Care) berkata, niat penduduk setempat hanya satu iaitu membantu sesama manusia yang sedang mengalami kesempitan.

“Apabila kita memudahkan urusan manusia sedang sulit, insya-Allah urusan kita juga dipermudah­kan Tuhan.

“Kami turut sama merasai kesedihan atas penderitaa­n dialami penduduk Palu, Donggala dan Sigi akibat dilanda badai bencana alam yang dahsyat,” katanya.

Dalam persinggah­an misi ke masjid itu untuk tunaikan solat Maghrib, kelmarin, Muslim Care turut memberikan sumbangan wang tunai yang disampaika­n Timbalan Presidenny­a Johari Ismail kepada Imam Masjid Nurul Huda Tasiu, Muhammad Adha Ajing, 32.

Orang ramai yang mahu membantu mangsa bencana ini boleh hulurkan sumbangan ke akaun Muslim Care Malaysia di Maybank 5644904138­82, Bank Islam 1401401014­7470 atau Bank Muamalat 1401000765­4717.

Slip sumbangan boleh di SMS atau WhatsApp kepada Ustaz Rashdan 017-3333881, Ustaz Safuan 013-4886447, Haji Johari 016-9978323 atau Haji Zulkifli 019-2518771.

Sementara itu, tinjauan wartawan di hentian khemah kemanusiaa­n di tepi jalan dari arah Palu ke Ma- kassar dan menuju Palu di Mamuju Tengah mendapati ramai mangsa bencana singgah di situ.

Mangsa, Rustam Hamzah, 39, dari daerah Balaroa, Palu Barat berkata, kejadian bencana gempa bumi 7.5 magnitud itu sebenarnya turut mencetuska­n kebakaran yang memusnahka­n hampir 80 hektar kawasan di daerah itu.

“Daerah tempat tinggal kami tidak dilanda tsunami sebab agak jauh dari pantai.

“Kebanyakan mangsa yang terkorban adalah disebabkan kebakaran apabila penduduk yang sedang sibuk memasak meninggalk­an rumah akibat gempa bumi.

“Saya sempat lari ke arah bukit sejurus gegaran pertama

„ Masjid Nurul Huda Tasiu teduhan mangsa bencana

berlaku. Lebih 60 peratus kediaman musnah apabila tanah menjulang naik dan menimbus apa saja yang ada.

“Memburukka­n keadaan banyak rumah terbakar,” katanya.

Dia yang kehilangan beberapa anggota keluarga berkata, tujuannya ketika ini untuk ke Makassar dan tinggal di sana selama dua minggu hingga sebulan.

Katanya, dia mahu menunggu kawasan yang musnah dibersihka­n termasuk menjalani proses steril untuk memastikan tiada wabak penyakit tersebar.

Peserta misi Dr Naveenkuma­r Thanggaya, 31, yang turut menemubual Rustam berkata, berdasarka­n perbualan itu, dia berpendapa­t mangsa gempa bumi dan tsunami amat memerlukan sokongan psikologi.

“Ini terutama golongan kanak-kanak yang trauma. Walaupun selamat tetapi mereka masih ketakutan untuk tinggal di premis kekal termasuk di bangunan perlindung­an yang disediakan atau pulang ke kediaman masing-masing,” katanya.

 ??  ?? JOHARI (tiga dari kiri) menyampaik­an sumbangan di Masjid Nurul Huda Tasiu.
JOHARI (tiga dari kiri) menyampaik­an sumbangan di Masjid Nurul Huda Tasiu.
 ??  ?? MASJID menyediaka­n kemudahan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami.
MASJID menyediaka­n kemudahan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami.
 ??  ??
 ??  ?? HENTIAN khemah kemanusiaa­n sepanjang jalan darat ke Palu disediakan untuk mangsa gempa bumi dan tsunami.
HENTIAN khemah kemanusiaa­n sepanjang jalan darat ke Palu disediakan untuk mangsa gempa bumi dan tsunami.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia