Harian Metro

Ikut undang-undang, prosedur sedia ada Bimbang dapat bala

- Syazwan Msar cnews@nstp.com.my

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah berpegang kepada peruntukan perundanga­n sedia ada mengikut Enakmen Jenayah Syariah 1995 yang dikuatkuas­akan di negeri ini termasuk berkaitan operasi pencegahan maksiat dan pelacuran oleh agensi penguat kuasa agama negeri.

Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Aidi Mokhtar berkata, setakat ini tiada perubahan dibuat berhubung perkara itu dan pegawai penguat kuasa terus menjalanka­n tugas mengikut undang-undang ditetapkan.

“Amalan pegawai penguat kuasa agama diteruskan berlandask­an undang-undang sedia ada dan tiada perbincang­an atau perubahan dilakukan setakat ini.

“Semua prosedur atau undang-undang sedia ada yang diamalkan masih relevan untuk diguna pakai pada masa ini,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang didakwa mahu menghentik­an ‘ketukan pintu pada waktu malam’ bagi menyiasat atau melaksanak­an operasi khalwat dan maksiat.

Sementara itu, Aidi menegaskan kerajaan Sabah bersetuju dengan saranan Kerajaan Persekutua­n menaikkan had usia perkahwina­n bagi wanita kepada 18 tahun.

“Jika undang-undang had umur itu dipinda, kerajaan negeri mengambil pendirian mengekal proses permohonan kebenaran mahkamah kepada ibu bapa yang berhasrat mengahwink­an anak berusia kurang dari 18 tahun seperti termaktub dalam Seksyen 8 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sabah 2004.

“Kerajaan juga akan mengkaji Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992 untuk menyelaras­kan perkahwina­n Anak Negeri selaras dengan hasrat Kerajaan Persekutua­n untuk meminda had umur perkahwina­n wanita,” katanya.

Maksiat akan berleluasa dan masyarakat Islam terutama golongan belia semakin berani melakukan perkara terbabit menjadi antara kebimbanga­n disuarakan netizen berhubung cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mengenai tiada lagi serbuan di premis peribadi yang disyaki berlakunya khalwat atau aktiviti lain menyalahi ajaran Islam.

Malah, rata-rata pelayar Twitter dan Facebook Harian Metro (HM) menyuaraka­n kebimbanga­n malapetaka atau bala bakal terjadi di Malaysia jika langkah pencegahan itu tidak lagi dikuatkuas­akan selepas ini.

Majoriti responden pelayar maya juga tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan dan meminta ia dikaji secara telus sebelum keputusan dilaksanak­an nanti.

Tinjauan HM melalui tajuk ‘Tiada lagi serbuan maksiat termasuk khalwat di premis persendiri­an’ yang dilakukan di laman Facebook HM sehingga jam 3 petang semalam disertai 54,100 responden.

Hasil tinjauan mendapati 92 peratus tidak bersetuju, manakala hanya lapan peratus bersetuju dengan saranan Mujahid.

Tinjauan ini turut menerima 686 komen dan perkongsia­n 732 daripada pengguna Facebook.

Di Twitter HM pula, daripada 2,815 responden yang melakukan undian, hanya 23 peratus bersetuju berbanding 77 peratus tidak bersetuju.

Pelayar Facebook HM, Nur Muhammad berkata, pihak berkaitan seharusnya menambah baik prosedur operasi standard (SOP) dalam mencegah maksiat dan bukannya terus memansuhka­n tindakan berkenaan kerana boleh menggalakk­an perbuatan terbabit dilakukan secara berleluasa.

“Ubah SOP atau kaji pendekatan baru langkah serbuan, bukannya terus mansuh sebab cegah itu wajib,” katanya.

Seorang lagi pelayar, Nabeil Ahmad berpendapa­t

„ Netizen luah rasa bimbang jika mansuh langkah pencegahan

pencegahan maksiat perlu dilaksanak­an pada masa kini demi memastikan umat Islam tidak terus hanyut dengan perbuatan tidak bermoral.

“Mencegah khalwat itu wajib. Kalau tak cegah tengoklah nanti banyak maksiat berlaku,” katanya.

Sementara itu, pelayar Afiq Suhaimie bersetuju dengan pendapat Mujahid kerana langkah pencegahan yang dilaksanak­an sekarang tidak memberi kesan dalam mengurangk­an maksiat dan pembuangan bayi.

“Sengaja mengintip keaiban yang disembunyi­kan dan mendedahka­n keaiban kepada umum itu haram. Suka ke aib sendiri didedahkan? Jika buat operasi tak ada kesan pun, semakin banyak maksiat dan pembuangan bayi sekarang ini,” katanya.

 ??  ?? AIDI
AIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia