Harian Metro

Kenyataan diputar belit

-

Melaka: “Ada yang menyebut soal ketukan khalwat dan sebagainya, itu bukan datang dari mulut beliau (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa), itu hanya direka dalam beberapa laporan media dan saya rasa benda (kenyataan) itu tidak benar,” kata Ketua Menteri Adly Zahari.

Adly berkata, secara asasnya, rumah adalah milik peribadi dan dianggap syurga di dunia khas untuk keluarga dan Dr Mujahid mahu memastikan setiap masyarakat ada hak ke atas kediaman peribadi mereka.

Beliau berkata, tindakan serbuan seperti mana dilakukan di peringkat Jabatan Agama Islam sekali pun harus mengikut prosedur serta peruntukan undang-undang.

“Contohnya berlaku kecurian di rumah kita, polis hanya bertindak mengikut aduan dan tidak boleh suka-suka ketuk rumah orang pada bila-bila masa.

“Tiada undang-undang syariah yang membolehka­n penguat kuasa mengetuk pintu rumah orang, perlu melalui prosedur sebab rumah adalah syurga kita, tidak boleh dengan mudahnya ada gangguan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Dr Mujahid, yang dipetik sebuah akhbar tempatan, baru-baru ini.

Sebelum ini, Dr Mujahid dilaporkan berkata, pihak berkuasa agama tidak akan lagi mengetuk dan memecahkan pintu pada waktu malam bagi menyiasat atau melaksanak­an operasi khalwat.

Bagaimanap­un, dalam laporan terbaharu beliau menafikan ada mengeluark­an kenyataan mahu menghentik­an ‘ketukan pintu pada waktu malam’ bagi menyiasat atau melaksanak­an operasi khalwat dan maksiat lain.

Terdahulu, Adly ditemui pada program larian amal ‘Beautiful Rush 2018’ anjuran pusat perubatan, Mahkota Medical Centre, di sini semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Mahkota, Stanley Lam.

 ??  ?? ADLY
ADLY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia