Harian Metro

‘Maksiat tetap maksiat’

- Syed Umar Ariff dan Ifwan Tun Tuah cnews@nstp.com.my

Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak memahami konteks kenyataan dikeluarka­n oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berhubung isu serbuan khalwat.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, aktiviti menyalahi hukum agama tetap salah, namun kontrovers­i yang berlaku ketika ini dapat dielakkan jika penelitian dibuat terhadap kenyataan sebenar Mujahid.

“Kita harus memahami konteks (kenyataan Mujahid). Beliau tak galakkan maksiat tetapi cuma kata tindakan undang-undang itu macam mana. Kita tidak galakkan, maksiat tetap maksiat,” katanya.

Anwar yang juga calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pertanding­an Bola Sepak Terbuka Tujuh Sebelah Piala YB Ravi di Padang Merdeka, di sini, semalam.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris kelmarin melaporkan, Mujahid yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata, tiada lagi ketukan pintu oleh pihak berkuasa agama yang menyiasat laporan khalwat atau salah laku lain yang membabitka­n orang Islam selepas ini.

Beliau dilaporkan berkata, perkara yang dilakukan oleh orang Islam di belakang pintu dan secara tertutup bukan urusan kerajaan.

Bagaimanap­un, Mujahid menafikan mengeluark­an kenyataan sedemikian dan mendakwa ia dimanipula­si akhbar terbabit.

Aktiviti menyalahi hukum agama

tetap salah

Anwar

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Metro Ahad, semalam.
LAPORAN Metro Ahad, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia