Harian Metro

Waspada nikmat dunia

-

dilakukan di atas dunia ini. Allah SWT menjelaska­n, fitrah manusia sukakan kesenangan dalam kehidupan.

Manusia sukakan perhubunga­n dengan jantina berlawanan dengannya. Begitu juga dengan harta benda meliputi wang, kenderaan dan kediaman menjadi kesukaan manusia.

Hal itu dijelaskan Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak bertimbunt­imbun daripada emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga).” (Surah Ali ‘Imran, ayat 14)

Manusia inginkan hubungan harmoni dengan pasangan masing-masing. Mereka berkongsi hidup dan menjalani kehidupan berkeluarg­a dengan penuh kebahagiaa­n.

Islam menghalalk­an hubungan antara pasangan lelaki dan wanita melalui pernikahan bagi memenuhi fitrah mereka. Islam jelas menolak sebarang usaha menyalahi fitrah iaitu hubungan sejenis serta hubungan antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan sah.

Lihatlah betapa Islam mengambil berat soal menjaga keturunan bermula daripada kurniaan anakanak. Sebelum lahirnya zuriat ke dunia, banyak garis panduan diberikan oleh agama sehinggala­h kelahiran anak.

Kemudian, Islam menyaranka­n anak diberi nama yang baik serta diberikan hak kasih sayang sehingga anak itu mampu meneruskan kehidupan sendiri.

Setiap ibu bapa mempunyai tanggungja­wab besar dalam memastikan zuriat keturunan mereka terselamat

„ Kesenangan dan kegembiraa­n hidup hanya bersifat sementara

daripada api neraka.

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Peliharala­h diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka yang bahan-bahan bakarannya (terdiri daripada) manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikatma­laikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintah­kan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintah­kan.” (Surah at-Tahrim, ayat 6)

Sehubungan itu, fitrah manusiawi perlu diurus sebaiknya. Dunia adalah tempat untuk menanam kebaikan supaya hasilnya dapat dituai di akhirat kelak.

Keluarga dan harta benda perlu diurus dengan baik supaya ia dapat memberi manfaat ketika berada di akhirat kelak.

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolonga­n sesuatu apapun. Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (daripada syirik dan penyakit munafik).” (Surah asShu’ara’, ayat 88-89)

Penulis pensyarah Universiti Sultan

Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia