Harian Metro

Larangan membazir air ketika wuduk

-

dalam perbuatan wuduk seperti menambah daripada tiga kali basuhan ataupun israf pada kadar seperti menambah lebih daripada kadar yang diperlukan dalam penggunaan air.

Beliau juga berkata: Tidak ada kebaikan pada israf (berlebihan) dan tidak ada israf pada kebaikan. Beliau (Abdullah bin Amru) menyangka bahawa tidak ada israf pada hal ketaatan dan ibadat. Lalu Baginda bersabda: “Ya ada israf padanya. Sekalipun kamu berada di sungai yang mengalir.”

Ini kerana pada perbuatan itu terdapatny­a israf pada waktu dan mensiasiak­an terhadap umur atau melampau had syar’ie (dalam wuduk) seperti yang disebutkan. (Rujuk Mirqat al-Mafatih, Mulla Ali Al-Qari - 2/421)

Sebahagian ulama menyatakan israf dan membazir itu adalah suatu perkataan yang sama maksudnya. Namun, terdapat juga ulama yang membezakan maksud kedua-duanya itu.

Seperti yang dinyatakan Imam Al-Jurjani iaitu: Israf adalah penggunaan ke atas sesuatu yang perlu secara berlebihan daripada kadar keperluan manakala membazir pula penggunaan ke atas sesuatu yang tidak perlu. (Rujuk al-Ta’rifat, al-Jurjani - halaman 24)

Sebagai kesimpulan, kami menyatakan beberapa syor dan kenyataan berikut:

1. Berwuduk dalam masa yang lama sekiranya dilakukan kerana faktor was-was, maka itu perbuatan yang perlu dijauhkan. Ini kerana was-was adalah penyakit yang perlu dielakkan dan kita hendaklah sentiasa yakin dan pasti terhadap setiap ibadat yang dikerjakan.

2. Berwuduk dalam tempoh yang lama meskipun tidak berniat untuk membazir air, ia tetap juga satu pembaziran terhadap masa. Ini kerana tujuan seseorang itu berwuduk antaranya untuk mendirikan solat.

Sekiranya seseorang berlama-lama dalam berwuduk pastilah akan mendatangk­an kesan kerana dia melewatkan solat dari waktunya dan itu adalah satu perbuatan yang buruk.

Kami menyatakan bahawa mengambil masa yang lama dalam berwuduk iaitu melebihi kadar kebiasaan adalah dilarang. Hendaklah kita mengambil wuduk dengan meraikan anggota wajib dan sunat serta tidak melebihi kadar air dan masa sehingga membawa kepada melewatkan solat.

Sumber: Al-Kafi Li al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia