Harian Metro

Enggan layan serangan peribadi

-

Port Dickson: Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan melayan serangan peribadi mengaitkan namanya termasuk cubaan mengungkit kesalahan liwat membabitka­n dirinya sebelum ini.

“Biarlah dia...biarlah dia,” kata Ketua Umum PKR itu ringkas apabila ditanya mengenai tindakan calon Bebas, Mohamad Saiful Bukhari Azlan mempertaha­nkan dakwaan kejadian liwat membabitka­n Anwar dan dirinya pada 2008, benar-benar berlaku.

Saiful Bukhari yang juga bekas pembantu peribadi Anwar, pada ceramah kelompok pertamanya di Kampung Teluk Pelanduk di sini, malam kelmarin mendakwa sudah bersumpah tiga kali bagi mempertaha­nkan dakwaannya itu berbanding Anwar.

Ditanya sama ada tindakan Saiful itu tidak profesiona­l kerana sudah berjanji untuk tidak menggunaka­n kisah lama sebagai bahan kempen, Anwar hanya mengangguk tanda bersetuju.

Saiful Bukhari pada hari penamaan calon 29 September lalu memberi komitmen untuk tidak mengungkit kontrovers­i lalu sebagai bahan kempennya dalam PRK ini.

Pada Jun 2008, Saiful membuat laporan polis mendakwa diliwat Anwar di sebuah kondominiu­m di Kuala Lumpur.

Pada Februari 2015, Mahkamah Persekutua­n menjatuhka­n hukuman penjara tiga tahun terhadap Anwar selepas didapati bersalah namun beliau mendapat pengampuna­n penuh Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei lalu.

Anwar ditemui selepas menghadiri program motivasi santai bersama Datuk Fazley Yaakob di sini, semalam.

 ??  ?? ANWAR
ANWAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia