Harian Metro

Dron saksi tegar

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

„ Aktivis kemanusiaa­n guna foto dirakam sebagai medium dedah penderitaa­n manusia

Dia sudah menjelajah ke lebih 20 negara sambil membawa bersama kamera dan dron untuk mengambil gambar di kawasan krisis kemanusiaa­n serta zon konflik sejak 15 tahun lalu.

Bezanya dengan aktivis lain ialah dia perlu menjaga keselamata­n diri sendiri dan kamera yang dibawa ke setiap kawasan dikunjungi.

Bagi jurugambar profesiona­l Johan Ariff Ismail, tugasnya adalah menghantar laporan serta perincian lokasi untuk memastikan orang ramai mengetahui situasi sebenar yang berlaku di zon konflik seluruh dunia.

Katanya, bermula secara serius sebagai aktivis kemanusiaa­n pada 2003, dia boleh dikatakan hanya berada selama seminggu di tanah air setiap bulan manakala selebihnya dihabiskan di luar negara untuk mengambil gambar dan menghantar bantuan kemanusiaa­n.

“Saya memang minat fotografi dan sanggup berbelanja untuknya. Jadi selain sebagai jurugambar rasmi dalam misi kemanusiaa­n bersama pertubuhan bukan kerajaan antarabang­sa, saya juga perlu ambil gambar untuk laporan dan sebagainya.

“Dari situ, saya mula serius dan beberapa kali membuka kelas fotografi dan membawa rombongan ke lokasi indah di seluruh dunia seperti Kashmir dan beberapa kawasan di negara Asia,” katanya.

Johan Ariff berkata, dalam pelbagai misi yang disertai, dia begitu terkesan dengan tragedi tanah runtuh di Aceh, kebakaran besar di Sabah dan banjir besar di Jawa Timur, Indonesia beberapa tahun lalu.

Malah, dia juga kehilangan dron yang jatuh di Laut Andaman ketika misi

pada Februari 2016 ketika merakam perjalanan kapal Nautical Aliya.

“Melihat wajah mangsa di lensa kamera menambahka­n azam saya untuk terus berjuang demi ummah walaupun hanya mengambil gambar.

“Sepanjang tempoh itu, gambar yang saya ambil tidak terkira banyaknya. Kalau ia boleh menyentuh hati masyarakat, saya bersyukur kerana ia mungkin membuka hati mereka untuk menyumbang,” katanya.

 ??  ?? JOHAN Ariff beramah mesra dengan mangsa gempa di Lombok.
JOHAN Ariff beramah mesra dengan mangsa gempa di Lombok.
 ??  ?? JOHAN Ariff di kem pelarian Syria di Kilis Turki.
JOHAN Ariff di kem pelarian Syria di Kilis Turki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia