Harian Metro

Harapan baru Aishah

- Norhayati Nordin yati@hmettro.com.my

Kecintaan penyanyi lagu Janji Manismu, Aishah terhadap bidang nyanyian tidak pernah pudar.

Kemunculan single barunya berjudul Malar, ciptaan penyanyi dan komposer, Hazami kini menjadi taruhan Aishah.

Berharap single Malar menyerlahk­an semula namanya di pentas nyanyian, Aishah berterima kasih dengan sokongan yang diberikan peminat.

Menurut Aishah, tawaran menjayakan persembaha­n masih ada dan diharap ia menjadi permulaan yang baik buat kariernya.

“Saya bersyukur dengan rezeki dan perancanga­n ditetapkan Allah SWT.

“Apatah lagi, dengan adanya single Malar membuatkan saya kembali dengan harapan baru,” katanya.

Ibu dua anak lelaki ini berkata dia mengharapk­an single Malar akan mendapat sambutan baik pendengar.

“Saya gembira dapat bekerjasam­a dengan Hazami dalam menghasilk­an single ini.

“Terima kasih Hazami kerana menghasilk­an karya yang bagus buat saya. Malar cukup bermakna buat saya malah melodi serta liriknya mantap,” katanya.

Mengulas kekecewaan berhubung pembabitan dalam program realiti TV, Aishah berkata dia memilih bersikap optimis.

“Saya tidaklah sampai trauma untuk menyertai pertanding­an di TV. Cuma, apa yang saya harapkan adalah ketelusan pihak penaja yang sediakan hadiah dan badan penyiaran,” katanya.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin menafikan berasa kesal dengan nasib yang menimpanya.

“Nak kesal sangat pun tidak boleh kerana perkara sudah berlaku. Apa yang boleh dilakukan adalah tuntut keadilan.

“Mengikut kaedah perundanga­n yang betul, saya perlu berani tampil membela diri,” katanya.

Terdahulu, Aishah menerusi peguamnya daripada Tetuan Khairul Mukhtar & Izwan Azmi membuat tuntutan kepada seorang pengusaha produk kecantikan terkenal.

“Ada dua tuntutan saya kemukakan iaitu membabitka­n seutas rantai berlian asli dengan nilai setara RM80,000 seperti dihebohkan pengusaha produk kecantikan itu.

“Tuntutan kedua saya meminta beliau (pihak berkenaan) tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi media,” katanya.

Menurut Aishah, pengusaha produk kecantikan itu diberi tempoh tujuh hari untuk menjawab serta mematuhi tuntutan yang dibuat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia