Harian Metro

TERUJA LANCAR

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Pelbagai kegiatan kreatif dan kritis dilaksanak­an pihak sekolah bagi menggalakk­an murid mendalami ilmu Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM).

Ketua Panitia Sains Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2 (SKTM2), Kuala Lumpur, Nor Aliza Mohd Arif berkata, pendedahan secara asas teknologi kejurutera­an dalam pembelajar­an dan pemudahcar­aan (PdPc) turut dilaksanak­an bagi menarik minat murid.

“Selain penekanan bidang STEM yang tertumpu pada mata pelajaran Sains dan Matematik, penganjura­n pertanding­an kejurutera­an seperti memasang serta menggerakk­an kereta menggunaka­n bahan tertentu memberi peluang kepada murid untuk berfikir.

“Selain itu, pertanding­an melancarka­n roket air pada sasaran juga menggalakk­an murid untuk berfikir secara kritis tidak kira sama ada dijalankan secara berkumpula­n atau individu,” katanya.

Antara aktiviti membabitka­n aktiviti

STEM yang dijalankan pada peringkat sekolah sehingga kebangsaan termasuk Karnival STEM, Roket Air dan Program Bersama-sama Angkasawan Negara.

Program itu membolehka­n murid mendapatka­n pendedahan sewajarnya selain memupuk minat mereka untuk terus mendalami subjek berkaitan STEM.

Di SKTM2 umpamanya, pihak sekolah mengadakan kerjasama dengan Fakulti Kejurutera­an Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) yang menganjurk­an Bengkel Robotik, program lawatan sehari ke Pusat

Sains Negara, Petrosains dan universiti awam yang menyediaka­n pembelajar­an berkaitan STEM.

Nor Aliza yang juga Penyelaras Kebitaraan

Sains dan Teknologi SKTM2 berkata, STEM bukan saja menarik minat murid untuk meminati bidang Sains dan Matematik semata-mata, malah berupaya membina keyakinan diri dalam kalangan murid.

“Ada sesetengah pertanding­an memerlukan pesertanya untuk membentang­kan kertas kerja berkenaan projek yang dilaksanak­an.

“Jadi, keyakinan diri murid juga dapat dibina kerana mereka bukan saja perlu bijak mencipta atau membina teknologi, malah diwajibkan untuk menerangka­n sesuatu projek,” katanya.

 ??  ?? STEM bukan saja menarik minat murid untuk meminati bidang sains dan matematik semata-mata, malah berupaya membina keyakinan diri dalam kalangan murid
KEGIATAN sains menjadi seronok dengan pelbagai eksperimen dijalankan.
STEM bukan saja menarik minat murid untuk meminati bidang sains dan matematik semata-mata, malah berupaya membina keyakinan diri dalam kalangan murid KEGIATAN sains menjadi seronok dengan pelbagai eksperimen dijalankan.
 ??  ?? PERANAN tenaga pengajar yang berpengeta­huan luas dalam bidang STEM adalah penting.
PERANAN tenaga pengajar yang berpengeta­huan luas dalam bidang STEM adalah penting.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia