Harian Metro

Kekal aktif, sihat

-

“Inisiatif ini membantu mengukuhka­n lagi kerjasama kami dengan Kementeria­n Pendidikan Malaysia yang terjalin sejak 40 tahun lalu.

“Sebagai peneraju pembanguna­n sukan di peringkat akar umbi, kami komited dalam menyokong usaha berterusan Kementeria­n Pendidikan untuk mempromosi­kan gaya hidup sihat dan memupuk budaya kecemerlan­gan sukan dalam kalangan pelajar.

“Oleh itu, kami memperkena­lkan Activ

Jam Senam Aerobik kepada murid-murid menerusi 1Murid 1Sukan untuk menunjukka­n betapa mudahnya kekal aktif dan sihat dengan senam aerobik yang ringkas, menyeronok­kan serta menyihatka­n badan,” katanya.

Dasar 1Murid 1Sukan diperkenal­kan Kementeria­n Pendidikan Malaysia pada

2011 di bawah program pembanguna­n sukan sekolah yang mewajibkan setiap murid untuk menyertai sekurangku­rangnya satu aktiviti sukan di sekolah.

Dasar ini selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Pengarah Bahagian Sukan, Kementeria­n Pendidikan Malaysia Dr Mehander

Singh berkata, berdasarka­n Dasar Sukan Negara yang menggarisk­an sukan untuk semua, 1Murid 1Sukan menekankan penyertaan setiap pelajar dalam sukan sebagai satu reformasi pendidikan. Ia bagi menerap nilai positif di samping mempromosi­kan kesihatan fizikal menerusi sukan untuk manfaat setiap pelajar.

“Activ Jam Senam Aerobik adalah satu langkah yang sejajar dengan usaha sama kami untuk memartabat­kan sukan sebagai asas pembanguna­n negara sejak usia muda,” katanya.

Activ Jam Senam Aerobik sebahagian daripada kempen MILO Aktif Negaraku yang mensasarka­n lima juta rakyat Malaysia untuk mengamalka­n gaya hidup aktif dan sihat.

Dilancarka­n pada awal tahun ini, MILO

Aktif Negaraku ialah kesinambun­gan komitmen MILO terhadap usaha pembanguna­n negara menerusi sukan di peringkat akar umbi. Merangkumi program sukan MILO popular seperti MILO Hidup Bola dan Klinik Juara MILO. -Fazurawati Che Lah

Program sejajar usaha memartabat­kan sukan sebagai asas pembanguna­n negara

 ??  ?? DR Mehander dan Ng (tiga dari kanan) bermesra dengan murid. PELAJAR gembira menikmati minuman Milo.
DR Mehander dan Ng (tiga dari kanan) bermesra dengan murid. PELAJAR gembira menikmati minuman Milo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia