Harian Metro

PELAJAR ‘BERTANGAN EMAS’

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

PolySkills platform cungkil bakat penuntut politeknik pamer kemahiran bidang teknikal

Bagi melahirkan graduan yang berkemahir­an dan cemerlang seiring kehendak pasaran industri, pertanding­an PolySkills antara platform yang mencungkil bakat penuntut politeknik di negara ini ke peringkat antarabang­sa.

PolySkills 2018 itu diadakan selama tiga hari di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Pertanding­an itu menyaksika­n Aiman Saharom dari Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak memenangi Anugerah Tangan Emas bagi rekaan pendingin hawa.

Sementara Anugerah

Jari Emas pula dimenangi peserta Politeknik Kuching, Sarawak iaitu Norazah Bujang bagi bidang perakaunan dan Anugerah Minda Emas diterima Ainul Mahfuzah Rozman dari Politeknik Nilai, Negeri Sembilan melalui rekaan gubahan bunga.

Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz berkata, penganjura­n PolySkills 2018 adalah inisiatif terbaik bagi memperkasa bidang pendidikan teknik dan vokasional.

Katanya, pertanding­an itu juga berupaya mempromosi­kan bidang kemahiran, sekali gus mengubah pemikiran masyarakat terhadap bidang teknikal dan vokasional yang sering dianggap sebagai sektor pendidikan kelas kedua.

“Pertanding­an ini juga adalah landasan yang memberi peluang kepada penuntut untuk mempamerka­n kemahiran dan kebolehan mereka khususnya dalam bidang teknikal,” katanya pada majlis Penutup Anugerah PolySkills 2018. Turut hadir Pengarah PSA, Dr Mohd Zahari Ismail.

Katanya, kemahiran tenaga kerja negara berupaya memacu operasi industri dan perniagaan seterusnya menjana pertumbuha­n ekonomi negara.

Usaha memantapka­n pembanguna­n modal insan terbaik di bidang teknikal dan vokasional adalah untuk

 ??  ?? AIMAN ketika diumumkan Anugerah Tangan Emas.
AIMAN ketika diumumkan Anugerah Tangan Emas.
 ??  ?? NORAZAH (kiri), Aiman dan Ainul Mahfuzah bersama anugerah yang diterima pada majlis Anugerah PolySkills 2018.
NORAZAH (kiri), Aiman dan Ainul Mahfuzah bersama anugerah yang diterima pada majlis Anugerah PolySkills 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia