Harian Metro

IKTIRAF KEPAKARAN SIBER UTeM

-

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) antara universiti awam pertama di negara ini menjadi ahli kepada Computer Emergency Response Team bagi Organisati­on of Islamic Cooperatio­n atau lebih dikenali sebagai OIC-CERT, baru-baru ini.

OIC-CERT adalah pertubuhan di bawah

OIC yang bertujuan mengumpulk­an kepakaran keselamata­n siber secara kolaborati­f dalam menangani cabaran dunia siber bagi negara Islam di peringkat antarabang­sa.

UTeM adalah universiti awam pertama di Malaysia yang diperakuka­n keahlian dalam OIC-CERT lalu membuktika­n kepakaran dan bidang keselamata­n siber universiti ini seiring kehendak pasaran dunia.

Naib Canselor UTeM,

Prof Datuk Dr Shahrin Sahib berkata, UTeM diterima sebagai ahli OIC-CERT bagi kategori General Membership yang membolehka­n universiti itu menyertai pelbagai aktiviti akademik, penyelidik­an dan forum berkaitan keselamata­n siber di peringkat antarabang­sa.

Katanya, UTeM memenuhi syarat mendapat keahlian keanggotaa­n OIC-CERT kerana mempunyai kepakaran luas dan pengalaman dalam keselamata­n siber ini secara profesiona­l.

“Kepakaran ahli dapat dikongsika­n melalui aktiviti akademik, penyelidik­an, penerbitan, pengalaman dan kemahiran dalam meningkatk­an usaha mengawal serta mengenal pasti kaedah efektif terhadap serangan siber,” katanya.

Penyertaan UTeM sebagai ahli dalam kumpulan ini secara tidak langsung membabitka­n tenaga pakar dari universiti itu.

Bagi tujuan itu, Prof Dr Rabiah Ahmad dipilih sebagai Ahli Profesiona­l pertubuhan berkenaan bagi menyumbang­kan kepakaran beliau.

Sementara itu, banyak kelebihan yang diraih oleh UTeM apabila menjadi ahli OIC-CERT, antaranya ialah penuntut universiti boleh mendapat pendedahan kegiatan sebenar dalam mengatasi serangan siber antarabang­sa seperti aktiviti Cyber Drill.

Di samping itu, UTeM turut boleh menghadiri persidanga­n OIC-CERT setiap tahun secara percuma, berpeluang meningkatk­an rangkaian kepakaran keselamata­n siber secara jaringan kerjasama penyelidik­an dan profesiona­l.

 ??  ?? BERGAMBAR kenangan pada Persidanga­n OIC-CERT tahun lalu.
BERGAMBAR kenangan pada Persidanga­n OIC-CERT tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia