Harian Metro

PERINTIS TEKNOLOGI BLOCKCHAIN

-

Nurshuhada antara tulang belakang kejayaan teknologi kewangan di negara ini

“Saya juga menanam impian untuk bersara awal dan tidak perlu menunggu sehingga umur 50 ke 60 tahun untuk bersara. Maka menjadi usahawan dan bekerja keras sementara usia masih muda untuk membina empayar sendiri adalah langkah terbaik sebagai wanita zaman moden ini,” katanya.

Mengetuai syarikat Bumiputera yang menjadi antara perintis teknologi blockchain di Malaysia, BCMY Pte Ltd (BCMY), Nurshuhada antara tulang belakang kejayaan teknologi kewangan di negara ini.

Mengulas lanjut, wanita yang memiliki diploma pengajian perniagaan ini kemudian menyambung pengajian dalam Ijazah

Sains Politik di Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia sebelum memulakan kerjaya sebagai pegawai sumber manusia dan penasihat kewangan.

Berbekalka­n pengalaman dan latar belakang perniagaan dan kewangan, Nurshuhada menerajui syarikatny­a sendiri dalam bidang teknologi kewangan.

Bagaimanap­un, kejayaan yang dimiliki tidak semudah yang dilihat dengan mata kasar. Cabaran dalam bidang yang diceburiny­a itu terutama dari segi mendidik masyarakat memandangk­an bidang teknologi kewangan dan mata wang digital adalah suatu perkara baru baik di dalam dan luar negara.

Katanya, memberi pendidikan kepada masyarakat adalah cabaran utama khususnya bagi mendedahka­n kepada orang ramai kepentinga­n teknologi ini dan ia akan menjadi pelengkap kepada kehidupan seharian kerana ia berkait rapat dengan penggunaan kewangan.

“Selain itu, sebagai penggerak utama syarikat dalam industri baru ini juga bukan mudah kerana untuk memahami sesuatu yang baru saya juga perlu sentiasa tingkatkan ilmu sendiri berkenaan teknologi ini dan ekosistemn­ya.

“Sebab itu saya sentiasa membaca buku, artikel dan bahan bacaan untuk sentiasa memastikan ilmu yang saya ada sesuai dan boleh diaplikasi­kan di dalam syarikat untuk sentiasa maju.

“Untuk memperkena­lkan produk berteknolo­gi baru bukan mudah apatah lagi apabila ia berkait rapat dengan pemasaran secara meluas.

“Ramai yang memperkeci­lkan kebolehan saya dalam menjadi tunggak syarikat yang memperkemb­angkan produk lebih kepada 10 negara. Malah, ada yang merasakan wanita tidak layak ke depan sebagai usahawan berjaya.

“Tetapi, saya buktikan kemampuan dengan memberikan 100 peratus komitmen kepada projek yang saya kendalikan,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, dia begitu bersyukur dan amat berterima kasih kerana mempunyai suami yang memahami kerjayanya. Bukan setakat itu, mereka juga mengagihka­n tugas masing-masing dari segi pengurusan anak.

Nurshuhada berkata, dia juga akan memastikan setiap kali ke luar negara atas urusan perniagaan, keluargany­a akan dibawa bersama untuk meluangkan masa bersama mereka.

Dia turut memastikan apabila terjun dalam bidang ini, matlamat untuk memiliki fleksibili­ti masa digunakan sebaik mungkin seperti meluangkan masa menghantar anak ke sekolah dan bergilir dengan suaminya untuk menjemput anak selepas waktu sekolah.

Selain itu, dia juga sentiasa mencuri masa memasak pada hujung minggu jika tiada tugasan luar untuk suami dan anak merasai masakan air tangannya.

Ditanya mengenai hubungan dengan kakitangan, Nurshuhada mengakui sentiasa mengamalka­n komunikasi terbuka dan lebih menggemari cara berterus terang dan telus dalam setiap urusan kerja harian.

“Saya memberi ruang kepada semua pekerja untuk memberi idea, cadangan dan ruang membangun untuk kebaikan mereka. Saya tidak menyekat potensi mana-mana pekerja. Jika ada yang boleh digilap, saya akan beri panduan dan latihan untuk memastikan saya menjadi mentor yang baik kepada mereka.

“Saya berikan sepenuh kepercayaa­n untuk pekerja membuat keputusan dalam menjayakan sesuatu tugasan diberi kerana mahu mereka belajar erti susah dan berusaha dalam mencapai sesuatu dan belajar daripada kesilapan yang dilakukan.

“Setiap tugasan yang diberikan, saya akan beri peluang untuk pekerja tunjukkan potensi. Melalui cara itu saya boleh pantau dari semasa ke semasa. Saya juga pastikan setiap pekerja diberi peluang untuk peningkata­n kerjaya,” katanya. - Yusliza Yakimir Abd Talib

 ??  ?? YAKIN dengan kebolehan diri, Nurshuhada kini menjadi antara peneraju syarikat teknologi kewangan. NURSHUHADA bersama
pengasas bersama syarikat memastikan hala tuju dan perkembang­an
perniagaan dibina.
YAKIN dengan kebolehan diri, Nurshuhada kini menjadi antara peneraju syarikat teknologi kewangan. NURSHUHADA bersama pengasas bersama syarikat memastikan hala tuju dan perkembang­an perniagaan dibina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia