Harian Metro

Single baru bersama anak

- Norhayati Nordin yati@hmettro.com.my

Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, begitulah juga bakat seni Datuk Hattan yang diwarisi anak lelaki tunggalnya, Adam.

Seiring perkembang­an bidang muzik masa kini, Hattan, 53, turut menghasilk­an single baru bersama anaknya.

Menurut penyanyi lagu Memburu Rindu ini, dia sudah merakamkan single berjudul Tak Pasti Jangan Kongsi.

“Single baru ini saya rakam bersama Adam tetapi belum ada masa untuk kami buat sebarang promosi.

“Ini kerana anak saya sudah sibuk dengan aktiviti kuliah di universiti dan tidak mahu mengganggu­nya.

“Bagi saya, biarlah

Adam tumpukan sepenuh perhatian pada pelajarann­ya lebih dulu kerana ia amat penting,” katanya.

Hattan berkata untuk single Tak Pasti Jangan Kongsi itu, Adam bertindak sebagai penyanyi rap.

Berbicara perkembang­an karier nyanyianny­a, Hattan atau nama sebenarnya,

Mohd Shukri Shahabudin menzahirka­n rasa syukur masih ada tawaran menjayakan persembaha­n.

“Saya sentiasa bersikap terbuka menerima tawaran persembaha­n daripada pelbagai pihak yang sudi bekerjasam­a.

“Sebagai penyanyi, saya perlu profesiona­l ketika bekerja kerana itu sumber pendapatan.

“Syukur, setakat ini masih ada pihak berminat panggil saya menyanyi,” katanya.

Berkongsi mengenai bakat anaknya, Hattan berkata sebagai bapa beliau sangat kagum dengan kebijaksan­aan Adam.

“Adam anak yang bijak. Dia juga berbakat dalam bidang muzik.

“Di rumah ada satu studio peribadi milik Adam untuk dia menghabisk­an masa berkarya dan bermain muzik,” katanya.

Hattan turut mengagumi kemampuan anaknya belajar bermain muzik menerusi YouTube.

Perkembang­an lain, Hattan akan menggalas tanggungja­wab sebagai penerbit sebuah program realiti tidak lama lagi.

“Program realiti TV ini mempunyai lapan episod dan apa konsepnya serta stesen TV biarlah rahsia.

“Saya tidak mahu terlalu bercerita mengenai program realiti ini sehingga majlis sidang media.

“Apatah lagi, saya juga perlu menghormat­i pihak stesen TV yang akan bekerjasam­a untuk program itu nanti,” katanya.

Sabtu lalu, Hattan menjayakan persembaha­n Konsert Picnic @ PD di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Selain Hattan, barisan penyanyi lain yang turut memeriahka­n acara itu ialah Datuk M Nasir, Datuk Awie, Ito (Blues Gang), Blank Gamma, kumpulan Khalifah dan Wany Hasrita.

Pelawak dan pelakon berbakat Saiful Apek dan personalit­i TV Shakila Ismail pula bertindak sebagai pengacara konsert.

 ?? FOTO: ?? Di rumah ada satu studio peribadi milik Adam untuk dia menghabisk­an masa berkarya dan bermain
muzik
FOTO: Di rumah ada satu studio peribadi milik Adam untuk dia menghabisk­an masa berkarya dan bermain muzik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia