Harian Metro

Depan peminat bagaikan malaikat, di belakang jadi ‘syaitan’

-

Pasangan suami isteri ini antara yang sering menarik perhatian peminat. Di laman sosial, mereka ibarat putera dan puteri raja yang menjadi impian setiap orang untuk menjadi seperti mereka.

Namun di sebalik apa yang dipamer dan dipertonto­nkan kepada khalayak, pasangan suami isteri ini jauh berbeza. Mereka bukanlah seperti apa yang dipuja peminat.

Di hadapan orang, mereka baik seperti malaikat. Mereka selalu digambarka­n sebagai pasangan yang positif, tidak mengata orang dan bukan kaki gaduh. Pendek kata, mereka adalah yang terbaik.

Namun begitu, siapa sangka pasangan suami isteri ini adalah ‘syaitan’ bertopengk­an manusia. Kata rakan SS, mereka adalah peminum arak tegar dan mengambil najis dadah.

Malah, baru-baru ini untuk sebuah majlis tertutup yang dibuat, pasangan suami isteri ini dengan seronoknya menyajikan air kencing syaitan dan pil kepada tetamu yang hadir. Malam itu mereka berpesta sakan ibaratnya dunia ini mereka yang punya.

Tetamu yang hadir pula terdiri daripada rakan rapat. Malah, ada yang berhijab sanggup buka tudung dan ada lelaki berpakaian wanita. Malah, lebih teruk apabila diadakan slot khas sematamata untuk mengejek artis lain.

Apabila diceritaka­n kepada SS, ia bukanlah sesuatu yang mengejutka­n kerana sudah tahu perangai sebenar mereka. Hanya peminat saja yang masih memuja dan memuji kerana tidak berlaku depan mata mereka.

SS: Semakin teruk kehidupan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia