Harian Metro

Buat perkara mungkar di tanah suci

-

Sejak kembali daripada menunaikan ibadah umrah, artis wanita ini mengambil keputusan berhijab. Banyak perubahan berlaku dalam dirinya yang membuatkan peminat sejuk mata memandang.

Namun, tidak sampai setahun, artis wanita ini kembali kepada kehidupan asal yang dikenali sebagai gadis liar. Artis wanita ini kembali meneguk air kencing syaitan, ambil dadah dan pergi kelab malam. Namun, di luar dan laman sosial dia masih berhijab.

Lupakan seketika perilaku artis wanita ini kerana ada yang lebih mengejutka­n dilakukann­ya ketika mengerjaka­n umrah.

Terkejut beruk dan beristighf­ar panjang SS apabila diberitahu ketika mengerjaka­n umrah, artis wanita ini terbabas hingga mengadakan hubungan seks di Tanah Haram, Kota Makkah.

Perkara itu disimpan kemas hinggalah pada suatu hari dia mengajak seorang teman berjumpa pihak terbabit di ibu negara bagi bertanya dam iaitu denda yang perlu dibayar atas kesalahan dilakukan di Makkah.

SS seboleh-bolehnya tidak mahu percaya kerana ia sesuatu yang mengaibkan apatah lagi di buat di Tanah Suci. Namun, apabila cerita itu disampaika­n oleh individu yang rapat dengan teman artis wanita, SS cuba hadamkan juga.

Bukan saja SS, malah rakan SS juga masih tidak boleh terima apa yang dilakukan artis wanita itu hingga tergamak dia berkelakua­n mungkar ketika mengerjaka­n umrah. Tidakkah ketika itu dia berfikir betapa besarnya dosa dibuat?

SS yang mendengar rasa nak menangis sebab dia yang diberi kesempatan menjadi tetamu Allah mensia-siakan peluang itu. Sedangkan ada ramai lagi orang yang teringin ke sana tetapi belum diberikan rezeki.

Melihatkan kehidupan ‘malang’ artis wanita itu sekarang, terdetik dalam hati SS adakah itu semua balasan daripada Allah SWT. Sedikit demi sedikit Allah tarik nikmat daripada hidupnya. Meski artis wanita itu masih kelihatan bertenaga tetapi kehidupann­ya sering dirundung malang dan musibah.

SS: Segeralah bertaubat sebelum nyawa ditarik Allah.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia