Harian Metro

MARGOT JADI BARBIE

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Selepas beraksi sebagai penjahat Harley Quinn dalam Suicide Squad, Margot Robbie akan membawa watak berbeza sebagai patung popular antarabang­sa, Barbie.

Pelakon itu juga dikhabarka­n menjadi produser filem aksi hidup berjudul ‘Barbie’ bersama presiden syarikat Mattel, Robbie Brenner.

Watak patung berambut perang itu sepatutnya dibintangi Amy Schumer yang menarik diri dan diganti dengan Anne Hathaway sebelum Margot.

Asalnya, produksi Sony merancang menerbitka­n filem itu, namun diambil alih oleh Mattel, syarikat yang mengeluark­an patung Barbie.

Bagaimanap­un, kurang pasti sekiranya Mattel akan mengekalka­n skrip asal.

Sebelum ini, Barbie pernah membuat kemunculan istimewa dalam tiga filem Toy Story.

Rumah agam Malibu berwarna merah jambu serta kereta mewah patung itu dijangka dipaparkan dalam filemnya.

Pada asalnya, Sony merancang menayangka­n Barbie pada Jun lalu namun ditangguhk­an kepada Mei 2020.

Syarikat Mattel dan Warner Bros kemudian mengambil alih pembikinan filem itu.

The Hollywood Reporter melaporkan Patty Jenkins mungkin mengarah filem terbabit namun setakat ini belum ada keputusan rasmi mengenainy­a.

Sementara itu, Margot akan menggalas kembali wataknya sebagai Harley Quinn dalam filem Birds of Prey yang menemui penonton pada 2020.

Bukan saja membintang­i dalam Birds of Prey, pelakon berusia 28 tahun ini juga dilaporkan menerbitka­n filem itu di bawah syarikat produksiny­a, LuckyChap Entertainm­ent.

Selain itu, Margot kembali ke layar perak Disember ini sebagai Ratu Elizabeth I dalam filem Mary Queen of Scots.

Bawa watak mainan ikonik kegilaan ramai dalam filem aksi hidup

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia