Harian Metro

Sentiasa ingin tahu

- Hazira Ahmad Zaidi cnews@nstp.com.my

„ Pelajar tingkatan 4 sertai 30 pertanding­an Sains dan Matematik di peringkat negeri, antarabang­sa

Minat yang mendalam dalam bidang sains dan sifat ingin tahu sejak kecil mendorong remaja ini menguasai pelbagai ilmu berkaitan sains dan mewakili sekolah ke pertanding­an antarabang­sa.

Antara pertanding­an yang pernah disertai Ahmad Darwisy Shaifuzain, 16, termasuk Internatio­nal Young Scientists Innovation Exhibition di Selangor dan Asia Internatio­nal Mathematic­al Olympiad Open Contest di Bangkok, Thailand.

Lebih membanggak­an, dia bersama tiga lagi rakannya memenangi anugerah Teknologi Terbaik dalam Kuala Terengganu: “Walaupun kos bahan mentah meningkat namun harganya tetap sama sampai bila-bila,” kata pemilik Cafe MF, Mohd Fitri Shafiq Ali, 24.

Dia menjual satu set hidangan chicken chop pada harga RM5 di kedai makannya di Jalan Pasir Panjang di sini.

Mohd Fitri berkata, dia tidak kisah memperoleh untung sedikit asalkan ia berkat dan dirahmati Allah.

“Sepatutnya harga pasaran satu hidangan masakan barat itu RM8 hingga RM12 bergantung kepada kos semasa.

“Bagaimanap­un, saya mengambil inisiatif mengenakan harga RM5 untuk satu hidangan bagi memberi peluang semua golongan menikmatin­ya.

“Ramai pelanggan menggemari hidangan masakan barat itu tetapi mereka tidak berkemampu­an kerana lazimnya harganya agak tinggi, justeru, apabila saya menjual murah ia menggembir­akan Level Up@ School Game Developmen­t di Pameran Permainan Video #mydigitalm­aker di Kuala Lumpur pada September lalu.

Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra itu berkata, bakat dan kebolehann­ya dalam pelbagai bidang sains itu mula diasah guru ketika di tingkatan satu.

“Pada masa sama, ibu dan bapanya banyak memberi sokongan dan dorongan untuk kejayaan yang dikecapi pada hari ini.

“Kaedah pembelajar­an abad ke-21 (PAK-21) yang diterapkan di sekolah menjadikan suasana pembelajar­an di dalam kelas menjadi lebih interaktif apabila pelajar dapat berinterak­si menggunaka­n kecanggiha­n teknologi terkini.

“Pada saya, sains bukan hanya untuk orang pandai. Jangan takut dengan cerita mengenai sains yang tiada bukti kesahihann­ya dan apa yang penting kita perlu menerokany­a,” katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra di sini, semalam.

Anak kepada pasangan pensyarah dan doktor ini berkata, sehingga kini dia sudah menyertai lebih 30 pertanding­an Sains Matematik dan penyelidik­an dan pembanguna­n (RnD) sama ada di peringkat negeri mahupun antarabang­sa.

“Pencapaian terbesar yang dicapai pada tahun ini selepas memperoleh pingat emas bagi kategori fizik dan kejurutera­an di Internatio­nal Conference Of Young Scientists di Belgrade, Serbia pada April lalu yang disertai 32 buah negara,” katanya yang bercita-cita menjadi jurutera.

Guru Pembimbing RnD dan Inovasi Sekolah, Hafizi Mohamad berkata, Ahmad Darwisy boleh dikategori­kan sebagai pelajar yang mempunyai kecerdasan pelbagai kerana boleh menguasai pelbagai bidang termasuk R&D, robotik dan ‘digital maker’.

“Sebelum memasuki mana-mana pertanding­an RnD, mereka (pelajar) akan membentang­kan idea dan inovasi yang difikirkan sebelum saya akan menambah baik lagi persembaha­n mereka selain bekerjasam­a dengan universiti dan pakar-pakar alumni yang mempunyai kepakaran dalam bidang RnD,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? AHMAD Darwisy (dua kanan) menunjukka­n sijil dan pingat yang dimenangi mereka.
AHMAD Darwisy (dua kanan) menunjukka­n sijil dan pingat yang dimenangi mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia