Harian Metro

Harga chicken chop tetap RM5

-

mereka,” katanya.

Dia yang berniaga sejak 2015 berkata, sehingga kini sambutan diterima menggalakk­an.

“Ramai kenalan dan rakan niaga mempertika­ikan keuntungan diperolehi apabila berniaga dengan kadar harga serendah itu.

“Bagi mereka, perniagaan yang dijalankan itu hanya sia-sia dan tidak boleh membuatkan saya menjadi kaya dan maju.

“Ramai peniaga lain pelik kerana saya menetapkan harga murah sedangkan harga barang kian meningkat dan tidak menentu,” katanya.

Menurutnya, dia mencari kebahagiaa­n dalam berniaga biarpun memperoleh keuntungan sedikit tetapi mendapat kepuasan diri kerana meringanka­n beban pelanggan.

“Setiap hari saya mampu menjual lebih 100 hidangan chicken chop dan ramai pelanggan membuat tempahan awal kerana bimbang tidak sempat membelinya,” katanya. Jerlun: Ketika kebanyakan peniaga menaikkan harga barang dan perkhidmat­an untuk menampung kos yang semakin meningkat, seorang tukang gunting rambut dari Kampung Pida 7 Lana Bulu, di sini, masih mengekalka­n harga RM2 untuk perkhidmat­annya bagi kanak-kanak dan dewasa.

Ali Lebai Talib, 62, berkata ia adalah harga sama sejak dia memulakan perniagaan kira-kira 18 tahun lalu.

“Saya mulakan perniagaan ini pada 2000 selepas berhenti kerja sebagai buruh di Langkawi dan ingin membina hidup baru di kampung sendiri.

“Dengan sedikit modal

 ??  ??
 ??  ?? ALI mengguntin­g rambut pelanggan kanak-kanak di kedai miliknya.
ALI mengguntin­g rambut pelanggan kanak-kanak di kedai miliknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia