Harian Metro

Kaji kenaikan gaji

- Mohd Sabran Md Sani cnews@nstp.com.my

„

Kerajaan akan melakukan kajian semula berhubung kenaikan gaji penjawat awam selepas mengambil kira kedudukan semasa kewangan negara.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar berkata, kajian semula itu penting sama ada kenaikan gaji dijanjikan kerajaan terdahulu perlu diteruskan atau sebaliknya.

“Sebenarnya perkara ini masih dalam kajian dan kita akan mengambil kira kedudukan kewangan semasa.

“Sama ada perkara itu perlu diteruskan atau tidak, kita akan buat kajian selepas mengambil kira kedudukan kewangan semasa negara,” katanya pada sidang media sempena Program Sesi Bual Bicara Bersama Penjawat Awam Negeri Johor di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Persada (PERSADA) di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani.

Ismail berkata, beliau yang baru menjawat jawatan berkenaan akan melihat kembali janji kenaikan gaji kerajaan terdahulu.

“Saya akan tengok semula perkara ini dan akan bawa kepada pihak yang boleh membuat keputusan mengenainy­a.

“Tidak boleh nak komen, tetapi memandangk­an kedudukan kewangan kerajaan dengan beban hutang tinggi, kita kajian semula perlu dilaksanak­an,” katanya. Menurutnya, kerajaan juga mengkaji semula jabatan yang mempunyai pertindiha­n fungsi.

“Ia akan dilakukan selepas penyusunan selesai dan barulah kita akan masuk fasa kedua iaitu melihat agensi yang bertindih fungsi tugas.

“Kita akan melihat dan memperkeci­lkan mengikut kesesuaian,” katanya.

Sementara itu, beliau dalam ucapannya berkata, agensi dan jabatan kerajaan juga tidak perlu takut membatalka­n program tidak bermanfaat.

“Kerajaan ketika ini akan melihat semula program dilaksanak­an sama ada sesuai atau tidak, melihat semula apakah program tidak diperlukan.

“Jangan takut membatalka­n sebab sudah seronok dengan program itu, sedangkan ia umpama program mencurah air ke daun keladi tetapi tidak memberi kesan,” katanya.

dari

segi

 ??  ?? DR Ismail (kiri) diiringi Azmi (dua dari kiri) dan penjawat awam melafazkan ikrar pada Sesi Bual Bicara Bersama Penjawat-Penjawat Awam Negeri Johor di Pusat Konvensyen Antarabang­sa PERSADA Johor, Johor Bahru.
DR Ismail (kiri) diiringi Azmi (dua dari kiri) dan penjawat awam melafazkan ikrar pada Sesi Bual Bicara Bersama Penjawat-Penjawat Awam Negeri Johor di Pusat Konvensyen Antarabang­sa PERSADA Johor, Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia