Harian Metro

Pangkalan data digital bantu JBPM

-

Pangkalan data digital berkaitan pelan struktur pihak berkuasa tempatan (PBT) dijangka dapat membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalanka­n operasi penyelamat­an dengan lebih pantas dan sistematik.

Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abdul Samad berkata, pelan dan maklumat lengkap berhubung pelan atau struktur lokasi perlu dikemaskin­i kerana ia lebih mudah diakses sekali gus mempercepa­tkan tugas pihak bomba untuk mengenalpa­sti keadaan sebenar lokasi kejadian.

“Dalam waktu kecemasan, pihak bomba sudah semestinya akan bertindak segera kerana itu adalah prosedur operasi standard (SOP) mereka namun, tidak mungkin berkesempa­tan untuk mendapatka­n maklumat dan pelan secara manual melainkan semua maklumat itu ada dalam bentuk atau dimuat naik ke dalam sistem secara digital.

“Lebih mudah jika pihak berkenaan dapat memuat

soft copy

turun data dan maklumat berkaitan pelan atau struktur lokasi menerusi Internet.

“Ia boleh ditambah baik dari semasa ke semasa dengan pendekatan bersepadu semua pihak,” katanya selepas merasmikan program Run For The Deaf 2018 sempena KL Car Free Morning, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin supaya JBPM mendapatka­n pelan struktur daripada PBT sebelum menjalanka­n operasi menyelamat.

 ??  ?? KHALID
KHALID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia