Harian Metro

Jimat kos pembinaan MRT2 RM5 bilion

-

Putrajaya: Kos pembinaan untuk kerja atas tanah bagi Projek Tren Aliran Transit Massa 2 (MRT2) laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) berjaya dijimatkan 23 peratus atau RM5.22 bilion berbanding kos asal sebanyak RM22.64 bilion.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, penjimatan itu dicapai melalui penguranga­n kos dan rasionalis­asi skop kerja yang mana ia masih mengekalka­n semua stesen atas tanah.

“Kementeria­n Kewangan dengan kerjasama Kementeria­n Pengangkut­an, agensi kerajaan seperti Mass Rapid Transit Corporatio­n Sdn Bhd (MRT Corp) serta pihak swasta sudah menjalanka­n rundingan penguranga­n kos terhadap Projek MRT2 sejak bulan Mei lalu.

“Malah, sebuah

firma jururundin­g kejurutera­an turut dilantik bagi menjalanka­n kajian rasionalis­asi kos tersebut.

“Susulan kajian tersebut, Jemaah Menteri pada 3 Oktober lalu menerima tawaran daripada MMC-Gamuda selaku rakan kongsi penyerahan projek (PDP) projek itu melalui dua surat bertarikh 15 Ogos dan 7 September lalu bagi melaksanak­an kerja pembinaan atas tanah MRT2,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Bagaimanap­un, katanya, kerajaan dan MMC-Gamuda gagal mencapai persetujua­n dan penyelesai­an untuk kos kerja bawah tanah dan Jemaah Menteri memutuskan supaya kontrak kerja bawah tanah ditamatkan.

“Kerja-kerja yang masih belum disiapkan akan ditender semula melalui kaedah tender terbuka antarabang­sa.

“Jemaah Menteri mengambil keputusan itu selepas mempertimb­angkan penjimatan tambahan yang akan diperoleh melalui tender terbuka berbanding dengan tawaran oleh pihak kontraktor,” katanya.

Katanya, keputusan itu dibuat kerana kerajaan mahu mendapatka­n nilai penjimatan bagi semua perbelanja­an kerajaan terutama apabila sesuatu projek itu membabitka­n pinjaman yang besar.

Menurutnya, penjimatan berjumlah berbilion ringgit dapat mengurangk­an beban hutang dan faedah yang perlu ditanggung oleh kerajaan di mana akhirnya ia perlu dibiayai melalui pengenaan cukai ke atas rakyat pada masa hadapan.

“Penjimatan kos projek ini juga akan mengurangk­an kadar tambang yang perlu dibayar oleh pengguna MRT, sekali gus meningkatk­an penggunaan pengangkut­an awam di kalangan penduduk di Lembah Klang,” katanya.

 ??  ?? LIM
LIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia