Harian Metro

Pantau produk dicemari fipronil Drebar 36 waran tangkap, 64 saman

-

Kerajaan negeri akan melakukan pemantauan bagi memastikan produk salad yang sebelum ini dilarang pihak berkuasa Singapura kerana dicemari bahan kimia fipronil tidak terlepas ke pasaran negara ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal berkata, tindakan itu dibuat memandangk­an produk dieksport dari Cameron Highlands itu melalui pintu masuk ke Singapura di Johor.

“Mengenai isu salad itu, Singapura mengesan terdapat bahan kimia berlebihan, maka mereka menolak daripada menerima produk itu.

“Kita akan pastikan kumpulan salad ini tidak akan dijual di Malaysia kerana ia sudah ditarik balik,” katanya ketika ditemui selepas majlis penutup Karnival Keselamata­n Makanan 2018 di Paradigm Mall di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Selahuddee­n Abd Aziz.

Dr Sahruddin berkata, masyarakat juga perlu mengambil perhatian berhubung produk berkenaan yang sudah diarahkan penjualann­ya dihentikan serta-merta.

Lelaki memandu melawan arus sehingga menyebabka­n kemalangan di Kilometer 432, Lebuhraya Utara - Selatan arah selatan berhampira­n susur masuk Plaza Tol Sungai Buaya di sini, semalam memiliki 64 saman, 36 waran tangkap dan 15 kes trafik yang tidak dikompaun.

Malah, pemandu lori berusia 37 tahun itu turut didapati tidak memiliki lesen memandu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superinten­dan Lim Bak Phai berkata, kemalangan jam 9.15 pagi itu berlaku apabila lelaki terbabit memandu di lorong tengah dengan melawan arus sejauh kira-kira tiga kilometer.

“Sebuah lori dipandu lelaki berusia 48 tahun yang berada di lorong tengah tidak sempat mengelak lori berkenaan (yang dipandu suspek) menyebabka­n kedua-dua kenderaan itu bertembung,” katanya dalam satu kenyataan, di sini,

semalam.

Bak Phai berkata, kedua-dua pemandu lori berkenaan tidak cedera, manakala dua kenderaan terbabit rosak di bahagian kiri dan depan akibat pertembung­an itu.

“Hasil saringan awal dilakukan terhadap pemandu lori terbabit didapati negatif dadah. Lelaki terbabit juga dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk diambil sampel darah bagi tujuan pemeriksaa­n alkohol dan dihantar ke Jabatan Kimia.

“Semakan mendapati suspek mempunyai 64 saman belum selesai, 36 waran tangkap dan 15 kes trafik yang tidak dikompaun. Selain itu, suspek yang tidak memiliki lesen memandu mempunyai satu rekod lampau jenayah berkaitan kes curi,” katanya.

Beliau berkata, suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana perbuatan membahayak­an nyawa orang lain,” katanya.

Rakaman video kejadian berdurasi satu minit 25 saat itu turut tular selepas dimuat naik di media sosial, semalam.

Lelaki pandu lori lawan arus hingga nahas tiada lesen

 ??  ?? DR Sahruddin (dua dari kanan) dan Dr Selahuddee­n (kanan) melawat pameran pada Karnival Keselamata­n Makanan 2018.
DR Sahruddin (dua dari kanan) dan Dr Selahuddee­n (kanan) melawat pameran pada Karnival Keselamata­n Makanan 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia