Harian Metro

Henti segera jual salad iceberg

-

Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani menyifatka­n tindakan petani mengambil jalan singkat menggunaka­n bahan kimia dan racun serangga berlebihan bagi memastikan produk kekal segar dan cantik dalam tempoh lama sebagai membunuh industri pertanian negara.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, tindakan pentingkan diri petani itu memaksa Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahka­n penjualan salad di pasaran tempatan dihentikan serta-merta.

Katanya, kementeria­n juga tidak akan mempertaha­nkan petani serta produk disahkan tercemar dengan bahan kimia berlebihan malah menyerahka­n kepada pihak berkuasa mengambil tindakan perundanga­n sewajarnya.

“Malaysia akan mengambil tindakan

iceberg

seperti Singapura jika produk pertanian dari luar negara terutama makanan diimport melanggar peraturan.

“Kementeria­n berharap pada masa akan datang petani kita lebih berwaspada dan cermat kerana kita bimbang produk pertanian negara yang berjaya dieksport, contohnya durian disejuk beku dan dieksport ke China akan menerima nasib sama berikutan timbul kebimbanga­n mengenai keselamata­n dan tahap kesihatan.

“Jangan kita mengambil jalan singkat hanya kerana kita mahu produk kita cantik dan tahan lama sehingga guna racun berlebihan. Ia seperti kita membunuh angsa yang menetaskan telur emas,” katanya selepas merasmikan Hari Institut Kemajuan dan Penyelidik­an Pertanian Malaysia (MARDI) Johor di MARDI Kluang, dekat sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia