Harian Metro

Pakej jalur lebar 56% lebih rendah

-

Pengguna akan menikmati harga jalur lebar talian tetap lebih rendah kini iaitu penguranga­n hingga 56 peratus apabila empat syarikat telekomuni­kasi mengumumka­n pakej jalur lebar talian tetap yang baru semalam.

Menerusi kenyataan dikeluarka­n, Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, pengumuman keempat-empat syarikat telekomuni­kasi iaitu Telekom Malaysia (TM), Maxis, TIME dotcom

(TIME) dan Celcom adalah ekoran saranan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo supaya menawarkan jalur lebar talian tetap pada harga yang lebih berpatutua­n kepada rakyat lanjutan daripada pelaksanaa­n Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP).

“Semua syarikat telekomuni­kasi kini menawarkan pakej permulaan di bawah RM100 beserta pakej yang menawarkan kelajuan yang lebih tinggi pada harga lebih rendah,” katanya.

Jelas SKMM, pakej permulaan TM bagi 30 Megabits sesaat (Mbps) sebelum MSAP pada kadar RM139 kini berharga

RM79, sementara pakej permulaan Celcom 40 Mbps selepas MSAP berkuranga­n kepada RM80 daripada RM180, pakej permulaan Maxis 30 Mbps sebelum MSAP pada kadar RM139 kini menjadi RM89 dan pakej permulaan TIME 100 Mbps pada harga RM149 sebelum MSAP kini RM99.

Katanya, pakej TIME pada kelajuan 500 Mbps kini berharga RM139 sementara pakej TIME dengan kelajuan 1 gigabit sesaat (Gbps) kini berharga RM199. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia