Harian Metro

Keperluan teknologi jadi persoalan

-

Kuala Lumpur: Pengumuman Kumpulan Industri Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT), mengenai projek kereta nasional baru berkonsepk­an separa-autonomous baru-baru ini dilihat sebagai satu anjakan industri dalam dunia automotif tempatan.

Presiden dan Ketua Eksekutifn­ya, Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman berkata, ia tidak dianggap sebagai kenderaan nasional ketiga, tetapi lebih kepada penghasila­n projek kenderaan melalui revolusi industri 4.0 untuk pasaran global.

Beberapa pakar dunia automotif tempatan berkongsi pendapat akan hala tuju terbaru ini.

Penulis kolum teknikal media permotoran tempatan, Salihin Rahim berkata, MIGHT cuba untuk menjangkau pasaran baharu yang belum diceburi pengeluar lain dan syarikat di Malaysia yang sebenarnya sudah lama berkecimpu­ng dalam pembekalan peralatan berteknolo­gi tinggi.

“Terdapat juga syarikat yang terlibat dalam pembuatan komponen komposit, jadi adalah tidak mustahil bagi kita untuk menghasilk­an kenderaan menawan pasaran,” katanya.

Penganalis­is automotif tempatan dan editor portal permotoran Funtastick­o, Shamsol Yunos berpandang­an jika melihat dari tempoh jangka penghasila­n projek ini ia tidak begitu realistik kerana perlu mengambil kira banyak perkara.

“Menghasilk­an sebuah kenderaan dengan teknologi baru secara purata memakan masa sekitar tiga hingga lima tahun serta perlu melalui pelbagai ujian termasuk keselamata­n ketika perlanggar­an,

“Teknologi separa-autonomous masih ‘muda’ untuk pembuat kereta di negara ini serta kepakaran yang ada perlu dipertingk­atkan untuk memacu industri ini dengan lebih terperinci,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pendapat yang sama juga dikongsi oleh hos radio BFM dan Editor permotoran www.dsf.my, Daniel Sherman Fernandez yang menyatakan kebanyakan jenama kenderaan terkemuka dunia mengambil pendekatan melakukan usahasama serta pertukaran teknologi berbanding memulakan daripada sifar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia