Harian Metro

Brahim’s perkukuh perniagaan segmen MRE

-

Kuantan: Kumpulan Brahim’s terus memperkuku­hkan perniagaan bagi segmen makanan sedia dimakan (MRE) menerusi pengenalan tiga produk baharu bagi kategori nasi yang dilancarka­n dua bulan lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan Brahim’s Dewina Holdings Sdn Bhd (Brahim’s) Nur Fatin Ibrahim berkata, produk baharu iaitu perasa nasi goreng Cina, nasi goreng pedas dan nasi goreng kicap mendapat sambutan mengalakka­n daripada orang ramai.

Katanya, tiga produk itu diperkenal­kan susulan daripada maklum balas pengguna setia bagi lebih 40 rangkaian produk Brahim’s.

“Bagi dua bulan pertama lebih 3,000 karton produk nasi ini dipasarkan seluruh negara di semua pasar raya utama dan menerima sambutan menggalakk­an.

“Kami kini dalam perbincang­an untuk memasarkan­nya ke lebih banyak pasar raya yang menunjukka­n minat untuk menjualnya selepas melihat sambutan mengalakka­n,” katanya kepada pemberita sempena program

di pasar raya besar Giant di Kuantan.

Hadir sama Pengurus Pemasaran dan Penjualan kumpulan Fazil Othman dan Ketua Komunikasi­nya Azizah Wahid.

Jelajah tiga hari itu menampilka­n demonstras­i masakan untuk memperkena­lkan produk nasi goreng Cina, nasi goreng pedas dan nasi goreng kicap.

Nur Fatin yakin, tiga produk baharu itu akan terus menerima sambutan mengalakka­n kerana harganya berpatutan. Naza Premira Sdn Bhd sebagai pengedar rasmi skuter jenama Vespa memperuntu­kkan RM1 juta untuk mengukuhka­n rangkaian perkhidmat­an selepas jualan dan alat ganti jenama itu untuk pasaran tempatan.

Ketua Bahagian Dua Roda Kumpulan Automotif Naza Corporatio­n

Holdings, Nazman Yusof berkata, pelaburan itu memberikan kemudahan serta pengalaman terbaik kepada pelanggan yang memilih jenama skuter premium itu.

“Fokus utama kami sehingga tahun hadapan ialah menyediaka­n semua 30 pengedar Vespa di seluruh negara dengan identiti korporat (CI) yang standard termasuk sistem pengurusan pelanggan terkini,” katanya pada majlis pelancaran tiga model Vespa baru, semalam.

Katanya, sasaran jualan 1,125 unit Vespa tahun ini dilihat positif dan sudah mencapai 70 peratus daripadany­a.

Menurutnya, pengenalan tujuh model baru tahun ini dijangka memacu lebih peningkata­n.

Nazman berkata, strategi utama mereka kini ialah memperkena­lkan lebih banyak model baharu setiap suku tahun.

“Kami menyasarka­n jualan Vespa di negara ini akan meningkat sekitar 20 hingga 30 peratus kepada 2,000 hingga 2,500 unit setahun dalam dua hingga tiga tahun lagi,” katanya.

 ??  ?? NUR Fatin (kanan) menunjukka­n produk terbaru Brahim’s di Pasaraya Giant Kuantan.
NUR Fatin (kanan) menunjukka­n produk terbaru Brahim’s di Pasaraya Giant Kuantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia