Harian Metro

DEMIMU ANAK...

- Agensi

„ Wanita sebat anak di khalayak ramai selepas dituduh mencuri

Seorang ibu memberi pengajaran paling sakit dan memalukan kepada anaknya apabila menyebat anak perempuann­ya di khalayak ramai selepas dituduh mencuri pakaian daripada sebuah kedai di timur Guatemala.

Menurut laporan Daily Mail yang memetik media tempatan, Tomasa Tzoc Tipaz, 35, dipaksa melutut di khalayak ramai di kampung San Antonio Ilotenango sebelum disebat 15 kali oleh ibunya dan datuk bandar tempatan.

Dia sebelum itu ditangkap kerana didakwa mencuri, enggan mendedahka­n siapa rakan subahatnya kepada pihak berkuasa yang kemudian mengarahka­n hukuman sebat terhadapny­a.

Tomasa dibawa ke padang bola dan penduduk dipanggil untuk menyaksika­n hukuman itu dilaksanak­an.

Rakaman video menunjukka­n dia membongkok dan mengangkat baju ke atas kepala.

Ibunya menyebat belakang Tomasa lima kali dengan ranting kayu sebelum disambung Datuk Bandar, Maria Lucas.

Selepas dirotan, Tomasa yang menangis memeluk ibunya sambil meminta maaf sebelum diarahkan berpindah ke bandar berhampira­n, Santa Cruz del Quiche kerana pihak berkuasa San Antonio Ilotenango menyatakan tidak boleh menjamin keselamata­nnya.

Seorang penduduk, Jose Ajpop berkata, hukuman itu menunjukka­n mereka tidak boleh bertolak ansur dengan individu yang melakukan jenayah.

“Hukuman itu mungkin tegas tetapi ia perlu dan kami membenarka­n kanak-kanak melihatnya supaya mereka faham serta tidak melakukan perkara buruk. Kita tidak minta penjenayah datang ke sini,” katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Santa Cruz del Quiche, Juan Zapet berkata, lima sebatan dilakukan kerana menyinggun­g alam dan pencipta, lima sebatan lagi kerana menyinggun­g orang ramai dan selebihnya kerana menyinggun­g mangsa.

Zapet berkata, mereka menyiasat kecurian itu bagi membolehka­nnya menahan dua lagi suspek.

 ??  ?? TOMASA dibawa ke padang bola sebelum dipukul ibunya sebanyak 15 kali. - Agensi
TOMASA dibawa ke padang bola sebelum dipukul ibunya sebanyak 15 kali. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia