Harian Metro

Jamal di mana?

- Agensi

„ Turki percaya wartawan hilang dibunuh di konsulat Arab Saudi

Pihak berkuasa Turki percaya seorang wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi yang hilang selepas memasuki bangunan konsulat Arab Saudi di sini, empat hari lalu telah mati dibunuh.

“Penilaian awal oleh polis Turki adalah Jamal dibunuh di pejabat konsulat Arab Saudi di Istanbul. Kami percaya pembunuhan itu dirancang dan mayat mangsa dibawa keluar dari bangunan berkenaan,” kata seorang pegawai Turki kepada Reuters kelmarin.

Satu sumber di pejabat konsulat Arab Saudi dalam satu kenyataan menafikan Jamal dibunuh di bangunan berkenaan dan menegaskan bahawa tuduhan itu sebagai tidak berasas.

Dakwaan mengenai pembunuhan Jamal, 59, yang terkenal kerana sering mengkritik kerajaan Arab Saudi itu timbul empat hari selepas dia masuk ke bangunan berkenaan pada Selasa lalu.

Wartawan Al Jazeera, Jamal Elshayyal yang melaporkan dari Istanbul memberitah­u, sehingga kini tiada pendedahan di mana mayat Jamal berada.

“Kami mendengar ada majlis pengebumia­n diadakan dalam tempoh dua atau tiga hari ini tetapi tidak diketahui adakah mayat Jamal yang akan dikebumika­n,” jelasnya.

Pada awal pagi kelmarin, satu sumber memberitah­u Al Jazeera, satu delegasi 15 pegawai Arab Saudi tiba di Turki pada hari Jamal hilang.

Parti pemerintah Turki berkata, pihaknya akan mendedahka­n secara terperinci mengenai kehilangan Jamal selepas Arab Saudi gagal membuktika­n lelaki itu sudah keluar dari pejabat berkenaan.

“Keadaan wartawan yang hilang itu, maklumat terperinci mengenainy­a dan siapa yang bertanggun­gjawab akan didedahkan,” kata jurucakap Parti AK, Omer Celik dalam satu persidanga­n yang turut dihadiri Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Al Jazeera juga difahamkan dalam beberapa hari lagi satu video yang menerangka­n secara terperinci pembunuhan itu akan disiarkan. Perkembang­an itu menjejaska­n lagi hubungan Turki dengan Arab Saudi yang berbalah mengenai sekatan terhadap Qatar oleh Riyadh dan beberapa krisis di rantau itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia