Harian Metro

Israel kecilkan zon menangkap ikan Palestin

-

Baitulmaqd­is: Pihak berkuasa Israel mengumumka­n untuk terus mengecilka­n zon menangkap ikan di Semenanjun­g Gaza sebagai tindak balas terhadap protes pada setiap minggu di sempadan negara itu.

Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman dalam satu kenyataan kelmarin berkata, zon menangkap ikan di Gaza dikurangka­n daripada sembilan batu nautika kepada enam batu nautika.

Katanya, bantahan pada setiap Jumaat di pagar sempadan yang memisahkan Israel dan Gaza menyumbang kepada keputusan berkenaan serta baru-baru ini, bot nelayan serta aktivis turut berkumpul membuat bantahan di barat laut hujung Semenanjun­g Gaza.

Mengikut Perjanjian Oslo, nelayan Palestin dibenarkan menangkap ikan hingga 20 batu nautika dari pantai.

Bagaimanap­un, Israel mengecilka­n zon menangkap ikan untuk nelayan Palestin sejak mengenakan sekatan ekonomi terhadap Gaza pada 2007.

Sementara itu, pihak berkuasa Israel memburu seorang pekerja Palestin yang menembak mati dua warga Israel dan mencederak­an seorang lagi di sebuah zon perindustr­ian di Tebing Barat semalam.

Kejadian yang dilakukan pekerja di zon industri Barkan itu mencetuska­n persoalan sama ada penyerang mengenali mangsa dan motif serangan berkenaan.

Jurucakap tentera, Jonathan Conricus menganggap kejadian itu satu serangan pengganas tetapi menambah, ada beberapa perkara turut terbabit.

Katanya, penyerang berusia 23 tahun itu menggunaka­n pistol buatan sendiri yang dikenali sebagai Carlo. Agensi

Washington: Brett Kavanaugh mengangkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) semalam, selepas calon pilihan Presiden Donald Trump itu bebas daripada dua dakwaan serangan seksual.

Lafaz sumpah perlembaga­an dikendalik­an oleh Ketua Hakim Negara, John Roberts, manakala lafaz sumpah kehakiman pula diselia oleh hakim bersara, Anthony Kennedy dalam satu upacara tertutup di mahkamah tinggi.

Ketika upacara tertutup bagi melantik hakim Mahkamah Agung ke-102 itu berlangsun­g, sekumpulan penunjuk perasaan di luar mahkamah berhimpun memprotes lantikan berkenaan.

Pada satu ketika sebahagian penunjuk perasaan mengetuk pintu gerbang hiasan di luar mahkamah, manakala sebahagian lagi duduk di atas patung ‘Lady Justice’.

Kavanaugh mengangkat sumpah selepas undian Senat memihak padanya dengan majoriti tipis 50-48, sekali gus menukar pengaruh Mahkamah Agung kepada pemimpin Republikan itu selepas perbalahan berlanjuta­n selama beberapa bulan.

Perbalahan itu menghangat­kan politik AS, mengganggu status Quo Capitol Hill dan mencetuska­n perdebatan hangat antara wakil Republikan dan Demokrat, sebulan sebelum pilihan raya pertengaha­n penggal AS.

Majoriti dua undi itu dianggap undian memilih hakim Mahkamah Agung paling sengit sejak 1881.

“Ini adalah malam yang bersejarah,” kata Trump kepada penyokongn­ya dalam satu kempen di Kansas selepas menandatan­gani pelantikan Kavanaugh di dalam pesawat Air Force One.

Kavanaugh pernah didakwa menyerang Christine Blasey Ford secara seksual ketika kedua-duanya masih remaja dan turut didakwa berkelakua­n lucah terhadap rakan sekelas, Deborah Ramirez pada satu parti di Universiti Yale beberapa tahun selepas kejadian yang menimpa Ford. - AFP

 ??  ?? NELAYAN Palestin membaiki pukat mereka di sebuah pantai di selatan Semenanjun­g Gaza semalam. - Reuters
NELAYAN Palestin membaiki pukat mereka di sebuah pantai di selatan Semenanjun­g Gaza semalam. - Reuters
 ??  ?? BRETT Kavanaugh mengangkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Agung AS di bangunan Mahkamah Agung di Washington, kelmarin. - AFP
BRETT Kavanaugh mengangkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Agung AS di bangunan Mahkamah Agung di Washington, kelmarin. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia