Harian Metro

Keluarga dibunuh, bertahun terseksa, jadi hamba seks Daish

-

Baghdad: Nadia Murad yang menerima Hadiah Nobel Keamanan, terselamat daripada kekejaman paling buruk menimpa masyarakat­nya, etnik Yazidi di Iraq, termasuk bertahun-tahun menjadi hamba seks kumpulan pelampau Negara Islam (IS) atau Daish.

Jumaat lalu, Nadia bersama doktor dari Kongo, Denis Mukwege diumumkan sebagai penerima bersama Hadiah Nobel Keamanan di Oslo bagi menghargai usaha mereka menamatkan keganasan seksual sebagai senjata perang.

Nadia, 25, berbadan kurus dengan rambut panjang kemerah-merahan, hidup aman bersama keluargany­a di sebuah perkampung­an di pergununga­n Sinjar di utara Iraq, berhampira­n sempadan Syria.

Namun, apabila kumpulan Daish mengganas di kedua-dua negara pada 2014, nasibnya berubah dan bermulanya mimpi ngeri dalam kehidupan.

Satu hari pada bulan Ogos, sebuah pikap mengibarka­n bendera hitam Daish memasuki perkampung­annya, Koncho, membawa anggota Daish yang biasanya membunuh lelaki, mengambil kanak-kanak untuk dilatih sebagai tentera dan menculik ribuan wanita sebagai buruh paksa serta hamba seks.

Nadia yang ketika itu berusia 21 tahun, dibawa ke Mosul, diserahkan kepada pemimpin tertinggi IS yang menggelar dirinya khalifah.

Sepanjang ditahan, Nadia mendakwa dia diperkosa beramai-ramai berulang kali, diseksa dan dipukul.

IS menganjurk­an pasar hamba menjual wanita dan remaja perempuan serta mereka menganggap kaum Yazidi sebagai tidak beragama.

Kaum Yazidi yang berbahasa Kurdish mengamalka­n ajaran kuno, menyembah satu Tuhan yang menjadi ketua malaikat dalam bentuk burung merak.

Seperti ribuan wanita Yazidi lain, Nadia dipaksa memeluk Islam, berkahwin dengan anggota IS, dipukul, dipaksa memakai solekan serta pakaian ketat seperti diceritaka­nnya di depan Majlis Keselamata­n PBB.

Tidak tahan dengan seksaan itu, Nadia berusaha melarikan diri sebelum berjaya melakukann­ya dengan bantuan satu keluarga Islam di Mosul.

Menggunaka­n dokumen pengenalan diri palsu, wanita itu berjaya menyeberan­g ke dalam wilayah Kudistan Iraq dan menyertai pelarian Yazidi serta kemudianny­a mengetahui enam abang dan ibunya mati dibunuh.

Melalui bantuan pertubuhan yang membantu pelarian Yazidi, Nadia tinggal bersama kakaknya di Jerman sampai sekarang.

Kira-kira 3,000 wanita Yazidi masih hilang, dianggap berada dalam tahanan IS.

Nadia yang kini menjadi Duta PBB untuk mangsa pemerdagan­gan manusia berkata: “IS mahu mengambil maruah kami, namun mereka yang kehilangan maruah.”

Ogos lalu, Nadia bertunang dengan Abid Shamdeen, juga aktivis Yazidi.

“Kesengsara­an kaum kami menemukan kami dan kami akan meneruskan liku kehidupan ini bersama-sama,” tulis Nadia dalam buku mengenainy­a, “The Last Girl” di bawah gambarnya yang tersenyum lebar di samping Abid. - AFP

 ??  ?? NADIA dan tunangnya, Abid Shamden. - Agensi
NADIA dan tunangnya, Abid Shamden. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia