Harian Metro

Isytihar Balaroa, Petobo kubur besar

- Agensi

„ Pihak berkuasa anggar 5,000 mangsa gempa bumi masih tertimbus di dua perkampung­an di Palu

Kerajaan Indonesia bercadang menjadikan dua perkampung­an, Balaroa dan Petobo yang tenggelam akibat gempa bumi, sebagai perkuburan besar berikutan kesukaran untuk mengeluark­an mayat yang tertimbus, selain hampir tiada lagi harapan menemui mangsa yang terselamat di kawasan itu.

AFP melaporkan, jurucakap Badan Pengurusan Benca Kebangsaan (BNPB) Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho berkata, sehingga 5,000 orang hilang dipercayai tertimbus di bawah lumpur yang kini mengeras di dua kawasan terbabit.

Menurutnya, angka itu berdasarka­n anggaran pemimpin masyarakat Petobo dan Balaroa, dua perkampung­an yang kini lenyap sepenuhnya.

“Berdasarka­n laporan daripada pemimpin masyarakat di Balaroa dan Petobo, kira-kira 5,000 orang tidak ditemui,” katanya.

Sehingga kini, 186 orang berjaya diselamatk­an dari kawasan terbabit yang ‘mencair’ selepas tanah merekah akibat gempa bumi dan air keluar menyebabka­n tanah cair menjadi lumpur, menghanyut­kan dua kampung itu.

Menurut BNPB, sehingga semalam, jumlah korban gempa bumi dan tsunami di Palu serta Donggala ialah 1,763 orang dengan sejumlah besar mangsa di Palu.

Reuters melaporkan, BNPB menyatakan pasukan penyelamat akan memberhent­ikan usaha mencari mayat Khamis ini.

Kelmarin, media melaporkan, Menteri Penyelaras Politik, Hukum dan Keamanan, Wiranto berkata, kerajaan bercadang mengisytih­arkan Balaroa dan Petobo sebagai kubur besar selepas gerakan mencari dihentikan berikutan tiada lagi harapan menemui mangsa yang terselamat.

Menurut Wiranto, tidak selamat untuk menggunaka­n jentera berat di kawasan itu bagi menggali untuk mengeluark­an mayat mangsa.

Beliau berkata, kerajaan sedang berbincang dengan pihak berkuasa tempatan, pihak berkuasa agama serta keluarga mangsa untuk memberhent­ikan operasi mencari dan dua kawasan itu kemudianny­a diisytihar­kan sebagai perkuburan besar.

“Perbincang­an berlangsun­g dengan pihak berkuasa agama bagi menentukan sama ada mangsa boleh diisytihar­kan syahid atau tidak,” katanya.

Pasukan pencari juga bimbangkan keselamata­n anggotanya yang mungkin dijangkiti penyakit akibat mayat yang sudah lama terendam dalam lumpur.

“Hampir semua mayat yang kami temui tidak sempurna, ada yang terpisah anggota tubuh. Kami perlu berhati-hati bagi mengelak jangkitan,

“Kami sudah memberi vaksin kepada anggota, namun perlu berhati-hati sepenuhnya kerana mereka terdedah kepada bahaya jangkitan,” kata jurucakap pasukan pencari Indonesia, Yusuf Latif.

Jumaat lalu, seperti di kawasan lain, ratusan penduduk Islam berkumpul di pantai Talise, Palu, untuk solat Jumaat berikutan kebanyakan masjid musnah akibat bencana itu.

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n kemusnahan Petobo di Palu yang lenyap akibat gempa bumi.- AFP
GAMBAR menunjukka­n kemusnahan Petobo di Palu yang lenyap akibat gempa bumi.- AFP
 ??  ?? PENDUDUK mencari barangan yang masih boleh dipakai. - AFP
PENDUDUK mencari barangan yang masih boleh dipakai. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia