Harian Metro

‘USAH TUNGGU SAYA’

- Fabian Peter fabian.mark@nstp.com.my

ekas pemain nomSepangb­or

satu dunia, Datuk Lee Chong Wei akhirnya mengeluark­an kenyataan selepas dia dikesan menghidap kanser hidung.

Perseorang­an lelaki negara berusia 36 tahun itu, yang menjalani rawatan di Taiwan selama lebih dua bulan itu dijadual pulang ke tanah air semalam, namun memilih untuk mengelak bertemu media.

“Tolong beritahu kepada semua orang terutama daripada media jangan tunggu kepulangan saya. Saya perlukan rehat. Saya akan mengadakan sidang akhbar tidak lama lagi untuk bertemu dengan wartawan.

“Berikan peluang untuk saya berehat beberapa hari sebelum saya berjumpa anda semua. Terima kasih,” kata pemenang pingat perak Olimpik tiga kali berturut-turut itu ketika dihubungi NSTP.

Berita mengenai tahap kesihatan Chong Wei mula disiarkan pada Julai lalu apabila dia menarik diri dari menyertai Kejohanan Dunia di Nanjing, China, serta tidak mengambil bahagian di Sukan Asia Indonesia.

Dalam kenyataan media yang dikeluarka­n Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas itu mendakwa bahawa Chong

Wei berdepan masalah pernafasan.

BBagaimana­pun, pada 22 September baru badan induk itu mengesahka­n bahawa Chong Wei mengalami kanser hidung peringkat awal.

Sejak itu, ramai yang tampil untuk memberikan sokongan dan ucapan agar pemain negara itu cepat sembuh, termasuk bintang badminton dari seluruh dunia.

Masih menjadi tanda tanya sekarang ini sama ada Chong Wei akan kembali beraksi, selepas mengumpul 69 kejuaraan

„ Chong Wei mahu rehat, jumpa media dalam masa terdekat

sepanjang kariernya.

Apa saja keputusan yang akan dibuatnya, rakyat Malaysia perlu memberi sokongan padu kepada Chong Wei serta ruang dan masa untuk berehat.

Difahamkan Chong Wei berjaya memperoleh kesan positif hasil rawatan di Taiwan dan sekarang ini masih lagi dalam tempoh pemulihan.

 ??  ?? CHONG Wei sudah kumpul 69 kejuaraan sepanjang kariernya.
CHONG Wei sudah kumpul 69 kejuaraan sepanjang kariernya.
 ?? Lee Chong Wei ?? Tolong beritahu kepada semua orang terutama daripada media jangan tunggu kepulangan saya. Saya perlukan rehat. Saya akan mengadakan sidang akhbar tidak lama lagi untuk bertemu dengan wartawan”
Lee Chong Wei Tolong beritahu kepada semua orang terutama daripada media jangan tunggu kepulangan saya. Saya perlukan rehat. Saya akan mengadakan sidang akhbar tidak lama lagi untuk bertemu dengan wartawan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia