Harian Metro

Misi kekal dominasi

- Fadhli Ishak fadhli.ishak@nstp.com.my

„

Selepas meraih gelaran Mr Asia kali keempat berturut-turut kelmarin, Mohd Syarul Azman Mike Mahen Abdullah kini ingin meneruskan dominasi di pentas dunia pula.

Syarul berkata, kemenangan­nya dalam kategori fizik lelaki bawah 71 kilogram di Kejohanan Bina Badan Asia dan Sukan Fizik di India semakin menambah keyakinann­ya.

“Ia adalah kejohanan yang sangat kompetitif,” kata atlet berusia 45 tahun itu ketika dihubungi di India.

“Wakil dari Iran dan Vietnam sangat kuat pada saingan kali ini manakala atlet negara tuan rumah juga sangat bagus.

“Apapun, bersyukur kerana saya masih mampu menang. Ia memberi lebih keyakinan dan motivasi tambahan menjelang Kejohanan Dunia,” katanya.

Bekas pemain bola sepak remaja itu yang menyaksika­n kariernya berakhir selepas berdepan kecederaan, bukan asing di pentas dunia selepas memenangi kejuaraan dunia sebanyak dua kali.

Edisi ke-10 Kejohanan Bina Badan Dunia dan Sukan Fizik (WBPF) akan berlangsun­g di Chiang Mai, Thailand dari 11 hingga 17 Disember depan.

“Saya mahu memenangin­ya buat kali ketiga berturut-turut,” katanya.

“Saya akan kembali ke Malaysia esok (hari ini) dan meneruskan latihan untuk persediaan Kejohanan

Dunia.

“Amat penting untuk saya mengekalka­n aksi konsisten dan juga memberi tumpuan kepada aspek diet dan pemakanan,” katanya.

Syarul turut berterima kasih dengan sokongan yang diterima daripada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Yayasan Kebajikan Altet Kebangsaan (YAKEB), Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara

(MSN).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia