Harian Metro

Roslan beri sokongan Izad mahu ‘berehat’

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Keputusan pemain pertahanan, Izad Hakimi Jamaluddin untuk ‘menggantun­g’ kayu hoki buat sementara daripada aksi antarabang­sa mendapat sokongan penuh abangnya, Roslan Jamaluddin

Roslan berkata, walaupun keputusan itu sesuatu yang drastik namun dia menganggap ia sebagai pendirian tepat demi kebaikan diri adiknya dan skuad negara.

“Sebelum membuat keputusan itu, Izad ada bertanya pendapat saya. Pada awalnya saya kurang bersetuju kerana menganggap dia masih mampu memberikan sumbangan kepada skuad negara.”

“Tapi selepas dia menjelaska­n sebab mahu berbuat begitu saya menghormat­i keputusan Izad. Memang benar katanya, tidak guna dia berada dalam skuad kebangsaan jika tidak mampu memberi sepenuh komitmen,” kata Roslan.

Ditanya masalah peribadi dimaksudka­n Izad yang membawa kepada pendirian untuk berehat, Roslan mendedahka­n adiknya seolah-olah hilang keyakinan diri selepas kematian

(gambar).

ibu mereka, Hazizah Yusof pada Ogos tahun lalu.

Ia ditambah pula dengan kecederaan posterior cruciate ligament (PCL) di lutut kanan dialami ketika beraksi dalam Liga

Hoki Malaysia,

Januari lalu yang memaksanya berehat panjang.

“Sebagai anak bongsu yang memang rapat dengan emak, kematian emak sangat dirasai oleh Izad. Dia seolah-olah hilang semangat menyebabka­n saya sentiasa menasihati­nya supaya menerima takdir itu sebagai qada dan qadar.

“Tapi, apabila dia mula dapat menerima hakikat itu, Izad dilanda kecederaan serius pula menyebabka­n semangatny­a kembali disentap. Sekarang dia sudah pulih, cuma belum bersedia untuk kembali bersama skuad negara,” jelas bekas penjaga gol kebangsaan itu.

Mengenai kemungkina­n keputusan berehat akan menjejaska­n peluang Izad untuk kembali ke pangkuan Malaysian Tigers pada masa akan datang, Roslan berkata, ia bergantung kepada diri pemain itu sendiri.

“Tempat tetap ada tapi sudah tentu Izad perlu bekerja keras untuk mendapatka­nnya. Walaupun berehat tapi dia perlu terus aktif di peringkat domestik bagi memastikan tetap cergas dan dapat mengekalka­n prestasi,” ujar Roslan. terakhir selepas terikat 1-1.

Mohammad Faris tewas straight set 6-21, 12-21.

Pada perlawanan perseorang­an pertama, Bakri Omar tewas 6-21 dan 12-21 kepada Fredy Setiawan, sebelum pasangan beregu Cheah Liek Hou/Hairul Fozi Saaba menyamakan kedudukan 1-1 selepas mengatasi pasangan Hafizh Brilliansy­ah/Hary Susanto 21-10, 21-17.

Jurulatih badminton paralimpik Malaysia, Abdul Rani Jaafar berkata pemainnya sudah melakukan yang terbaik bagi menentang pasukan pilihan yang juga Indonesia.

“Kita sasarkan pasukan lelaki ini layak ke separuh akhir. Alhamdulil­lah mereka layak ke final dan memberikan pingat pertama untuk Malaysia,” katanya. BERNAMA

kedudukan

 ?? Abdul Rani Jaafar ?? Kita sasarkan pasukan lelaki ini layak ke separuh akhir. Alhamdulil­lah mereka layak ke final dan memberikan pingat pertama untuk Malaysia” SKUAD badminton negara memenangi perak selepas tewas kepada Indonesia.
Abdul Rani Jaafar Kita sasarkan pasukan lelaki ini layak ke separuh akhir. Alhamdulil­lah mereka layak ke final dan memberikan pingat pertama untuk Malaysia” SKUAD badminton negara memenangi perak selepas tewas kepada Indonesia.
 ??  ?? IZAD
IZAD
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia