Harian Metro

‘Kemenangan buat Chee Tean, LCW’

- Fabian Peter fabian.mark@nstp.com.my

Lee Zii Jia mencipta kebangkita­n menakjubka­n di arena badminton apabila menjuarai kejohanan terbesar dalam kariernya dengan mengunggul­i Terbuka Taiwan, semalam.

Kemenangan itu didedikasi­kan kepada mendiang rakannya, Tan Chee Tean yang meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Republik Czech, minggu lalu dan bekas pemain perseorang­an lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei yang menghidap kanser hidung.

Pada aksi final, pemain perseorang­an lelaki negara itu yang tersisih sebulan susulan kecederaan belakang menewaskan pemain Jepun, Riichi Takeshita 21-17, 16-21, 21-11 di Arena Taipei.

Ia adalah gelaran kedua dimenangi pemain berusia 20 tahun dari Kedah itu selain memenangi Kejohanan Antarabang­sa Poland tahun lalu sejak menyertai skuad senior pada 2016.

“Saya amat gembira dengan kemenangan ini, tetapi saya tidak mahu terlalu meraikanny­a,” kata Zii Jia ketika dihubungi.

“Arena badminton negara sejak beberapa minggu lalu agak muram.

“Pertama, kita mendapat berita mengenai keadaan Datuk Lee Chong Wei dan kemudian kematian Chee Tean, ia amat menyedihka­n. Chee Tean dan saya membesar bersama kerana kami dari negeri yang sama.

“Justeru, saya tidak fikir adalah suatu yang tepat untuk saya terlalu meraikan

„ Zii Jia enggan terlalu teruja meraikan kejayaan Terbuka Taiwan

kemenangan ini. Sebaliknya, saya mahu mendedikas­ikan kemenangan ini kepada Datuk Lee Chong Wei dan keluarga Chee Tean.”

Kemenangan Zii Jia turut menyaksika­n kemarau 14 tahun negara untuk memenangi gelaran dalam acara perseorang­an lelaki di Terbuka Taiwan berakhir selepas kali terakhir dimenangi Chong Wei.

Antara pemain negara yang pernah memenangi gelaran sama ialah ketua jurulatih, Misbun Sidek (1987) dan Wong Choong Hann (2003).

Kejayaan itu menyaksika­n Zii Jia membawa pulang hadiah wang kemenangan AS$37,500 dolar (RM156,000).

 ??  ?? HAFIZH (kiri) pelumba baharu terbaik minggu ini.
HAFIZH (kiri) pelumba baharu terbaik minggu ini.
 ?? Lee Zii Jia ?? ZII Jia puas hati raih gelaran kedua selepas ungguli Terbuka Taiwan. Saya tidak fikir adalah suatu yang tepat untuk saya terlalu meraikan kemenangan ini. Sebaliknya, saya mahu mendedikas­ikan kemenangan ini kepada Datuk Lee Chong Wei dan keluarga Chee Tean”
Lee Zii Jia ZII Jia puas hati raih gelaran kedua selepas ungguli Terbuka Taiwan. Saya tidak fikir adalah suatu yang tepat untuk saya terlalu meraikan kemenangan ini. Sebaliknya, saya mahu mendedikas­ikan kemenangan ini kepada Datuk Lee Chong Wei dan keluarga Chee Tean”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia