Harian Metro

PVDKT rampas semula kejuaraan MSKPPT

- Faizul Azlan Razak sukanteam@nstp.com.my

Kuala Nerus: Pasukan Veteran Daerah Kuala Terengganu (PVDKT) merampas semula kejuaraan bola sepak apabila muncul juara Pesta Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmat­an Pelajaran Cawangan Terengganu (MSKPPT) di Sekolah Sukan Malaysia Terengganu, Gong Badak, baru-baru ini.

Pasukan yang muncul juara edisi 2016 itu mengalahka­n daerah Setiu 1-0 dalam pentas akhir hasil jaringan Mohamad Rizal Taib pada minit ke-30.

Penyerang PVDKT, Md Norhisham Nik berkata, pasukannya melakukan persiapan cukup rapi untuk menebus kegagalan pada kejohanan tahun lalu.

Menurutnya, pasukannya gagal mempertaha­nkan kejuaraan yang dimenangi pada 2016 apabila terkandas di peringkat kumpulan tahun lalu.

“Alhamdulil­lah, kerja keras semua pemain untuk melepasi peringkat kumpulan hingga membawa pasukan mara ke final dan muncul juara kejohanan.

“Kejayaan ini juga tidak hadir dengan mudah apabila dipaksa bekerja keras di separuh akhir dengan kemenangan ditentukan menerusi sepakan penalti 5-4 ke atas pasukan daerah Besut,” katanya.

Selaku juara, PVDKT membawa pulang piala pusingan dan beg disampaika­n Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin.

Dalam pada itu, juara bagi kategori bola sepak senior disandang Hulu Terengganu yang meraih kemenangan 4-3 menerusi sepakan penalti selepas seri 2-2 dengan Kuala Terengganu pada aksi sebenar perlawanan akhir. muda mendalami pengetahua­n dan pembabitan mereka dalam sukan catur berkenaan,”katanya.

Majlis perasmian disempurna­kan Penolong Rektor UiTM Cawangan Kampus Jasin Profesor Madya Dr Mohd Rasdi Zaini. Beliau berkata, sambutan hangat kejohanan kali ini mendorong penganjur untuk membuka ruang lebih besar bagi menarik lebih ramai peserta tahun depan.

 ??  ?? PVDKT muncul juara acara bola sepak MSKPPT di Sekolah Sukan Malaysia Terengganu, Gong Badak.
PVDKT muncul juara acara bola sepak MSKPPT di Sekolah Sukan Malaysia Terengganu, Gong Badak.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia