Harian Metro

Marquez kecewakan Dovioso

-

Buriram, Thailand: Juara bertahan MotoGP, Marc Marquez memintas Andrea Dovizioso pada saat akhir untuk menjuarai Grand Prix Thailand sekali gus melebarkan penguasaan untuk merangkul gelaran ketiga berturut-turut.

Perlumbaan sengit pada pusingan terakhir di Buriram menyaksika­n pelumba Sepanyol yang mewakili pasukan Honda itu merampas kedudukan hadapan pada selekoh terakhir dan mengatasi Dovizioso dengan kelebihan 0.115 saat (s) apabila mencatat masa 39 minit 55.722s untuk muncul juara dalam pertarunga­n yang mendebarka­n.

Kemenangan itu meletakkan juara empat kali itu mendahului Dovizioso yang juga pelumba pasukan Ducati dengan 77 mata ketika persaingan hanya berbaki empat perlumbaan.

Marquez boleh menutup terus musim ini di Jepun dalam tempoh dua minggu lagi dengan meraih kejuaraan di Motegi.

“Kemenangan yang menakjubka­n selepas mengharung­i satu minggu yang sukar,” kata Marquez.

“Pasukan saya bekerja dengan baik, kerja yang sangat bagus sepanjang minggu. Mereka melakukan segala-galanya. Jadi, satu langkah lagi untuk mencapai impian.”

Pelumba Yamaha, Maverick Vinales menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, di depan rakan sepasukann­ya Valentino Rossi.

Cabaran pelumba veteran, Rossi bagaimanap­un tidak lama apabila dia terkeluar daripada persaingan kedudukan hadapan dan meninggalk­an pertarunga­n sengit antara Dovizioso dan Marquez.

 ??  ?? MARQUEZ 77 mata di depan Dovioso.
MARQUEZ 77 mata di depan Dovioso.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia